You better know what you do…
October 24, 2009
You cant’ bargain with the truth,
Cause whether you’re right or you’re wrong
We’re gonna know what you’ve done,
We’re gonna see where you belong in the end
You can’t bargain with the truth,
Cause wether you are black or you’re white
We’re gonna know who’s right,
We’re gonna see you in the light in the end
Oh and every little thing you do
You better know it’s coming back to you,
You can’t bargain with the truth
Cause whether you’re you’re old or young
We’re gonna see what you’ve done
There’ll be nowhere else to run in the end.
You can’t bargain with the truth
Cause whether you’re rich or you’re poor
We’re gonna meet at the same door
You’re gonna know the real score in the end…
And if you want to help your fellow man
You better start with what is in your hand.
Kurangkan guna beg plastik!
October 22, 2009
Setiap tahun, kira-kira 500 bilion beg plastik digunakan di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca kerosakan alam sekitar.
Beg plastik mengambil masa kira-kira 300 tahun untuk mengurai dan ia pecah menjadi partikel toksik kecil yang mencemarkan tanah serta saliran air.
Kurang daripada 1 peratus beg plastik dapat di kitar semula. Kos pembuatan beg plastic lebih murah daripada kos pelupusannya.
Dan kemanakah beg plastik ini semua akan pergi?
Kebanyakan beg plastik ini akan hanyut ke kawasan sungai dan di persisiran pantai.
Kajian alam sekitar AS menyatakan lebih daripada 100,000 haiwan dan hidupan laut turut terbunuh setiap tahun gara-gara beg plastik terbuang kerana plastik tersumbat dalam saluran usus haiwan berkenaan.
Walaupun ada tempat untuk melakukan kitar semula bagi beg plastik, namun tempat pembuangan sedemikian mempunyai risiko yang tinggi, Penimbusan plastic bakal menganggu kehidupan masa akan datang.

Beg plastik diperbuat daripada minyak. Menggunakan beg plastic secara meluas menjadikan salah satu punca kekurangan minyak mentah.
Namun hal ini masih mempunyai jalan penyelesaian…
Singapura, UK, Amerika, Kanada dan Taiwan sudah diharamkan ataupun dalam proses pemansuhan dalam menggunakan beg plastik.
Jika anda menggunakan beg kain sebagai penganti bagi beg plastik, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya 6 beg plastik seminggu, 288 beg plastic setahun dan jika seorang daripada kita dapat melakukannya, bermakna pencemaran alam sekitar dapat di kurangi dengan pengurangan beg plastik.
Cintailah alam semulajadi kita…
I can’t sleep! to think what? : Insomnia
October 21, 2009
Why i’am still not sleeping yet???
It is important to distinguish between habitual sleeplessness, repeated night after night, and a temporary problem due perhaps to some worry or anxiety. It is also important not to become obsessed with trying to get certain amount of sleep… not everyone needs an 8 hour qouta, a quality is more vital than quantity. People generally need less sleep as they get older, or at least continuously, so if granny has a day time snooz and sleeps for less time at night that is perfectly normal…but like me which is not more that 30 years old…that is must be something in my mind! so what we can do to heals back this habits?
Aromatheraphy
Try using aromatheraphy bu putting 2-3 drops on to a paper tissue under the pillow at night. Choose from the following:
Chamomile : calming & relaxing effect, it’s good where indigestion contributes to broken sleep

Lavendar : this oil is probably the best remedy, not only for soothing but also helps for any aches or pain cause of insomnia.
Marjoram : relaxing & warming
Naturopathy
In order to get the proper rhythm of energy through the day, it’s useful to get plenty of exercise and get fresh air in the daytime. It may help to get up fairly early in the morning as well, to restore this balance. Do not sleep in a stuffy room, or drink coffee, tea or cola at night.
At bedtime, a calcium/magnesium supplement such dolomite tablets can helps to relax, especially if taken with a warm herb tea, or perhaps a hot milky drink if you do not suffer from a lot of catarrh…
Herbalism
- Chamomile
- Lemon balm
- Lime blossom
- Passionflower
Good to try our natural home remedies…take care and have nice sleep.
Pemakanan organik!
October 15, 2009
Sejauhmana anda tahu tentang hal pemakanan organik?
Ada orang cakap “bukan guna baja tahi ayam dan sebagainya ke?”
Ada pula cakap “buat apa sayur berulat”…
Ataupun “eee…tak sedap”
Tahukah anda, organik lebih di samakan dengan ketulenan dan semulajadi…tiada menggunakan bahan tambahan, semburan racun dan bahan sintetik.
Ibarat seorang ibu yang mengandungkan anak dengan hasil hubungan seks dan persenyawaan kedua pasangan ibu dan bapa…original!
Jika seorang ibu terpaksa mengandungkan anak dengan menggunakan khidmat klinikal seperti IVF contohnya…dengan memasukan suntikan sperma ke dalam ovum…itu tidak original biarpun kesannya membawa kepada kebaikan kepada pasangan tersebut.
Itula contoh konsep organik. Kenapa digalakan mengamalkan pemakan organik? Supaya kebanyakan kita dapat mengurangkan risiko dan menguatkan ketahanan imun badan daripada terkena penyakit yang tidak dapat dielakkan.

Kehidupan masyarakat dahulu lebih banyak mengamalkan pemakanan organik dan disebabkan itula mereka-mereka hidup dengan kurangnya masalah kesihatan…bila umur meningkat kita memang tidak dapat lari daripada terkena penyakit…namun bila usianya itu? Takkan 30 tahun ke bawah.
Contoh pemakanan organik ialah seperti ayam, ada dua jenis ayam yang dijual di pasaran…satu organik dan yang biasa, apa perbezaannya…ayam organik akan hidup dalam kelompok yang bebas di tanah dan akan di gesa pulang ke reban apabila sampai waktu.

Manakala ayam biasa yang banyak terdapat di pasaran, di bela di dalam reban yang lebih sistematik dengan kandang yang tidak mencecah tanah. Bukankah lumrah hidup binatang tersebut perlu mencakar tanah untuk mencari makan…kalau tak macam mana ada pepatah “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’…itu bermakna sememangnya hukum alam mengatakan setiap flora, fauna dan manusia perlu bergantung diantara satu sama lain…ini pula ayam diubahsuai tambahan ayam sepatunya mengeluarka telur melalui proses seks…kini dengan satu suntikan ayam tersebut terpaksa menetaskan telur klinikal…
Baru-baru ini, terdapat sebuah rancangan di US membincang isu ini ada usul yang mengenengahkan hak binatang terhadap kehidupan mereka…
Akan bersambung…
Semangatnya…
October 15, 2009
Sebulan berlalu…aku mengasingkan diri daripada menaip blog…bukan kerana malas dan sebagainya tetapi diganggu oleh semangat yang makin hilang…
Kenapa semangat makin hilang? bukan kerana tidak gembira, tetapi kadang kala kerana tak tahu apa yang difikirkan…terlalu banyak…
Siapa yang menganggu semangat itu? tiada siapa sebenarnya cuma banyak sangat tanggungjawab yang tergantung di bahu badan ku ini…
Sejauhmana hendak difikirkan? tak lah jauh…sekadar memberi keselesaan kepada diri dan keluarga termasuk mak dan bapa ku…
Bila isu semangat akan berakhir pula? Selagi semangat digunakan sama ada semangat berada di bawah ataupun di atas….
Apala yang merungsingkan semangat ni sangat ni? Rasanya kesunyian dan merindui segala kenangan manis dan pahit yang pernah dilalui bersama individu-individu sebelum ini…
Tapi kehidupan sekarangkan lebih baik…betul…dan aku akan terus mengikut rentaknya dan rancangan visi aku aku akan datang…semangat wajib ada…
Tamat
Body Language
August 24, 2009
When men lie, they rub their eyes vigorously. When the lie a big one, they will often look away generally towards the floor.
Women who are mostly conscious of their looks, use a small, gentle rub just bellow the eye.
Women also avoid making eye contact with the listener, preferring to look up at the ceiling.
Re- kitchen & bathroom
July 21, 2009
A few weeks ago i’ve been busy doing research for my kitchen remodelling and toilet renovation…tbc
Aku syukur…
June 3, 2009
Aku syukur kerana aku Islam,
Aku syukur kerana aku ada asas ilmu islam dan mengamalkannya,
Aku syukur kerana diri ku mampu mengawal dan terpelihara daripada perkara-perkara yang yang boleh merosak kan rohani, fizikal, mental dan akal ku,
Aku syukur kerana aku dibesarkan dengan didikan sempurna,
Aku syukur kerana dibesarkan dengan persekitaran yang seimbang,
Aku syukur kerana Allah sayangkan ku
Aku syukur kerana ibu bapa dan ahli keluarga menyayangiku,
Aku syukur kerana diberikan segala anggota yang diperlukan,
Aku syukur kerana badan ku sihat,
Aku syukur kerana hidupku sederhana,
Aku syukur di berikan dan dimurahkan rezeki daripada pelbagai aspek,
Aku syukur dapat menikmati makan dan minuman yang berkhasiat,
Aku syukur kerana mempunyai akal dalam membuat pilihan.
Aku pilih untuk syukur daripada aspek yang tidak dapat dihuraikan, sehingga ketahap alpha dan beta, deta dan sebagainya.
Tanda untuk aku rasa bersyukur kepada Allah ialah dengan mengikut segala perintah yang telah di sampaikan dalam kitab al-quran dan melaksakannya.
Aku tidak akan berhenti untuk mendalami apa yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa seperti ku di dunia ini, aku akan laksanakan apa yang sepatutnya demi melaksanakan kepercayaan ku.
Aku sayang Allah, kerana dia berikan segalanya kepadaku, tetapi kebanyakan masyarakat di Malaysia leka dan tidak perdulikan perkara yang sepatutnya malah melanggar segala perintahnya sambil membuat kepercayaan mereka sendiri dalam islam. Sampai bila tunggu berubah kalau tak cuba? Adakah saat-saat akhir kematian mereka?
Ya, Allah, maafkan aku kalau jika aku tidak berjaya mengubah pandangan dan melaksanakannya kepada hamba-hamba mu yang lain. Namun, aku tetap tidak akan berputus asa untuk mengajak mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mereka terhadapmu. Aku amat bersyukur terhadapmu. Ampunilah dosa-dosa ku, kedua ibu bapaku, serta umat muslim dan muslimat yang dikasihi Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui lagi mangasihi dengan karenah hamba-hamba mu ini.
Amin.
Sindrom Iritasi Usus Besar
May 19, 2009
IBS? “Irritable Bowel Syndrome” ataupun Sindrom Iritasi Usus Besar.
Apa itu? Maksud yang paling senang difahami ialah kesukaran untuk “membuang air besar”. Hal ini mudah berlaku apabila usus anda tidak berfungsi dengan baik.
Pasti!!! Hal ini memang serius. Jika tidak diperdulikan ia ibarat seperti mengumpul sampah di dalam longkang yang tersumbat. Apa akan jadi? Busuk! Tak kan anda nak biarkan usus anda busuk akibat tersumbat dengan sisa pepejal yang tidak diperlukan. Bila tak buang, gas dan cecair sisa-sisa tersebut mula tersebar lalu menyerap ke dalam dinding ataupun saluran usus anda.
Akibatnya gas yang tercipta ia akan mula mencari tempat untuk berselindung. Lalu gas-gas tadi akan tiba ke organ-organ badan kita yang lain dan menyebabkan badan berasa tak selesa dan berangin. Jika setakat berangin masih boleh bertahan lagi, macam kalau ia menjadi toksin yang mampu menganggu sistem organ badan kita yang lain?
Nah! ini la dia menyebabkan pelbagai penyakit mula timbul dan salah satunya ialah Migraine, selsema, perut kembung dan sebagainya.

Tiada siapa yang boleh membantu seseorang itu untuk melancarkan proses pencernaan mereka melainkan diri sendiri. Kajian daripada medi.co.uk menyebut seorang daripada lima orang mengalami sindrom ini.
Anda hanya boleh berjumpa doktor untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar selain mengambil ubat-ubatan dan sebagainya. Namun apa yang paling penting sebenarnya adalah diri anda yang perlu mengajar, memikir dan melaksanakan pembuangan air besar sekurang-kurangnya sekali sehari.
Berikut adalah antara perkara yang boleh anda lakukan bagi membantu melancarkan proses pencernaan;-
a. Makan banyak fiber, makan banyak fiber, makan banyak fiber, ditambah kalau ada supplementary fiber, makanla…tapi yang berdaftar ya, jangan ambil sembarangan. Contoh buah kiwi, nenas, oren dan sebagainya.
b. Makan sayur-sayuran, makan sayur-sayuran, makan sayuran. Sayuran bukan sahaja kaya dengan fiber malah ada sebahagiannya mengandungi zat protien.
c. Tolong rajin-rajin melakukan aktiviti senaman, sekurang-kurangnya berjalan. Pergila pusat membeli belah…kalau malas nak jogging dan berpeluh2.
d. Tolong hindari diri anda daripada stress yang tak perlu dan merepek! Relevenkan diri sentiasa…jangan terlalu beremosi.
e. Cuba belajar cara untuk relaxkan diri dan minda termasuk jiwa. Ketenangan dan kegembiraan akan menyebabkan enzim dalam perut anda aktif dan bersama-sama membantu mencernakan makanan dalam perut dengan baik.
f. Cuba letak kain berwarna oren ataupun kuning di perut. Cuba je dahulu…
Go for ur life!
Urutan ‘Shiatsu’
May 15, 2009

Wellness santuary ni tempat di mana aku rajin pegi berurut. A’aa…sorry for ladies only…no men…tapi memang best sebab tempat ni urut cara shiatsu & aromateraphy.
Kebanyakan pelanggannya adalah european, swedish dan sebagainya. Pakej berurut di sini tak la mahal sangat, dan kira berbaloi jika nak dibandingkan dengan kerahan tenaga yang dikeluarkan oleh tukang urutnya.

Semalam buat temujanji berurut di sini. Habis sahaja waktu pejabat aku bergegas ke sini. Wah! bahu dan belakang badan aku memang sakit sangat akibat otot stress dan urat belikat terselit kotnya. sampai sahaja di spa ni, Salah seorang daripada pekerja mereka yang akan mengurut aku merendamkan kaki aku dalam sebuah bekas kayu yang berisi dengan air suam dan bunga hidup, mmm…best…
Sambil merendam kaki, dia memberi pilihan kepada aku untuk memilih aroma minyak yang bakal digunakan. Aku pilih peppermint sebab badan aku pun tak beberapa sihat, ada low fever tambahan sinus.
Selesai memilih, aku ditempatkan ke bilik mengurut, dan kena tukar pakaian dan kena pakai cap untuk aktiviti mengurut.
Memang best cara mengurut shiatsu ni sebab diorang akan banyak gunakan accupressure pada bahagian yang kita sakit, di samping membantu darah untuk berjalan dengan lebih lancar. Tambahan mampu mengaktifkan sistem limpa kita untuk mengeluarkan antibodi badan sendiri demi melawan virus yang sedang menyerang badan aku ni. woh!
Apa urut shiatsu tu? ianya berasal daripada sweden. Pengasasnya nama Per Hendrik Ling. Matlamat urutan ini sememangnya untuk melancarkan darah disamping melancarkan sisitem limpa kita.
Terdapat beberapa teknik yang diorang telah gunakan terhadap para pelanggan, seperti berikut; -

Petrissage, tekanan diberikan diantara kedua belah otot badan.

friction, di mana urutan lebih mendalam dilakukan dengan menggunakan hujung jari ataupun siku.
kemudian, Effleurage, di mana urutan secara terus menerus di belakang badan sepanjang diantara tulang belakang anda.

Kneading, di mana tukang urut akan urut sambil mengerak-gerakan otot di bahagian kaki.
Hacking, dan urutan ini akan diakhiri dengan beberapa tumbukan kecil di bahagian belakang badan.
Semuanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 11/2 jam dan akan berakhir dengan urutan dibahagian kepala, muka dan leher.
* Bagi kalangan lelaki yang teringin nak pergi datangla bersama pasangan ataupun mak ataupun kawan perempuan anda. Sebab diorang hanya menerima wanita sahaja, melainkan ada kehendak mengikut wanita tersebut.
Cubala. elok tau Massage therapy ni.