Hormon wanita

September 4, 2008

Kisah tentang seorang wanita pasti sering dikaitkan dengan kitaran hormon yang tidak seimbang, terutama sekali ketika proses kedatangan haid dan sebagainya.

Melalui cerita dan pengalaman yang bakal kita kongsi ini harap dapat memberi peringatan dan  pengalaman kepada kaum wanita tentang pentingnya pemeriksaan kesihatan anda dari semasa ke semasa.

Aku adalah seorang yang sangat aktif dan bersemangat waja dalam apa jua bidang yang ku ceburi. Aku mementingkan penjagaan pemakanan dan kesihatan tubuh badanku. Setiap hari aku akan memastikan badanku berpeluh dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat.

Waktu bujangku sudah berakhir dan aku kini telah mendirikan rumahtangga bersama jodohku dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Oleh kerana itu masa untuk aku meluangkan masa seperti melakukan aktiviti-aktiviti di luar makin terhad kerana aku ingin melatih diri lebih meluangkan masa bersama keluarga. Ini kerana aku juga merupakan seorang wanita yang sangat bekerjaya.

Anak ketiga yang merupakan anak bongsu ku berumur lebih kurang setahun setengah dan dia masih menyusu badanku sepenuh masa. Aku akan pulang kerumah waktu tengahari untuk memberi susu kepada anak ku.Alhamdullilah…

Dalam masa yang sama, kadang-kadang aku terasa perasaan aku tertekan, dan apa yang aku lakukan sangat berlainan berbanding dahulu. Aku seolah-olah paranoid, kurang keyakinan diri, tidak bersemangat, takut dan sebagainya. Kadang-kadang aku bertanya, ” adakah aku nak mati”? ataupun “tekanan”?…haid ku juga tidak teratur.

Aku juga asyik nak marah-marah. Tak kan aku nak monopous pula, sebab aku baru berumur 27tahun. Aku makin musykil dan mengambil tindakan untuk melakukan pemeriksaan  doktor.

Aku pergi untuk melakukan papsmear, skan perut, ambil darah dan sebagainya. Sewaktu doktor skan perut aku dia kata, “patutla sakit perut, dalam ovari you ada ‘ovarian cyst'”…aku semakin risau…

 

Bagi keputusan papsmear aku normal, alhamdullilah tetapi berkenaan dengan cyst tu doktor cakap ia membesar sebanyak 3cm dalam ovari belah kiri. Dan patutlah aku tak datang haid. Doktor cakap kejadian cyst ini berkait rapat dengan perubahan hormon badan aku. Ia amat menganggu keseimbanagan hormon wanitaku.

Doktor terangkan lagi yang peringkat cyst ada dua, satu kekal dan lagi satu sementara. Yang kekal itu boleh menjadi kanser dan yang sementara hanya boleh dipulihkan dengan memecahkan cyst tersebut sebelum ia mencecah kepada 10cm. Ini kerana cyst sementara juga boleh meletup dan menyebabkan kesan yang lebih teruk daripada di bedah.

Ada kajian mengatakan sebanyak 97% wanita pasti mengalami cyst, tetapi yang membezakannya ialah samaada kekal ataupun sementara.

Aku diberi masa sebulan dan selepas itu dua bulan untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya demi memastikan cyst tersebut pecah. Ataupun cara yang lebih cepat dan lain ialah melakukan pembedahan, dan kosnya pula memang mahal.

Kejadian ini bukan kerana samaada anda sihat ataupun tidak, ia berkaitan dengan perubahan hormon badan seseorang dan setiap daripada kita perlu melakukan pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 4 bulan sekali. Agar kita dapat tahu perkara yang kecil-kecil sebelum ia lebih memudaratkan.

Aku alhamdullilah kerana mengetahuinya awal dan berjaya membuang cyst tersebut, dan lebih bersyukur lagi ialah cyst tersebut bukannya kategori kanser.

* Kisah yang dikongsi ini merupakan pengalaman seorang sahabat baik yang meminta untuk berkongsinya bersama rakan-rakan yang singgah di blog ini.

3 Responses to “Hormon wanita”

  1. rubitah Says:

    saya juga ada masalah hormon…ini disebabkan selepas melahirkan anak pertama,saya mkn pil perancang.saya berhenti makan pil perancang selepas tiga tahun.sekarang ini period saya menjadi tidak teratur…kadang2 datang..kadang2tidak…sekarang yg terbaru period saya dah sebulan lebih tak berhenti..saya menjadi terlalu runsing memmikirkan masalah ini…doktor kata masalah hormon….macam mana saya nak atasi masalah ni..sebelum ni saya pernah buat ujian pap smear dan scan rahim..doktor kata ok..takde masalh…cuma hormon tak stabil…saya nak merancang untk anak kedua pun susah disebabkan keadaan saya sekarang…boleh tak puan cuba bagi cadangan apa2 kepada saya…saya terlalu runsing memikirkan masalah ni..

    • anna Says:

      Hi Rubitah,
      Terima kasih kerana menjenguk ke blog saya…rasanya masalah keseimbangan hormon ni bukan perkara luar biasa sebab kebanyakan wanita memang mengalami, apatah lagi kalau lepas bersalin. Ini pendapat saya berdasarkan nasihat doktor dan beberapa bahan bacaan yang boleh dijadikan rujukan, jika masalah tu sekadar hormon wanita dan bukan melibatkan secondary penyakit seperti kronik…itu bermakna hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengawalnya. Ni beberapa idea yang boleh kita kongsi bersama bagi mengawal hormon keterlaluan ataupun terkurangan kita sebagai wanita:-

      a. Perbanyakan muhasabah diri.
      b. Jaga pemakanan anda; sebab kita wanita, ibu yang lepas bersalin terutamanya banyak kehilangan zat dalam badan, kalau menyusu anak lagi la bertambah kurang, jadi kita kena tapis balik kekurangan tersebut. Jangan risau makan banyak, tapi risau makanan tu berkhasiat ke tidak…
      c. Jaga kesihatan anda dengan buat aktiviti outdoor ataupun senaman, mengeluarkan peluh dengan mengemas rumah memang bagus, tapi lebih baik melakukan aktiviti seperti aerobik, mengemop lantai ke, menari ke, biar peluh keluar menjurai2 selama 30minit. Salah satu toksin keluar melalui peluh…
      d. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari…penting untuk balancekan
      e. Bila rasa nak marah, luahkan tapi biar dengan orang yang betul dan dengan cara rasional…tu pasal muhasabah penting…
      f. Kawal kehendak diri, jangan terlalu ikut perasaan, kalau terkongkong dengan suasana persekitaran, cuba positifkan pemikiran dengan tanya pendapat kawan2 yang berjaya mengatasinya. Sabar…
      g. Kalau rasa nak menangis, menangisla sorang-sorang banyak2…tapi sering bersyukur dengan apa yang anda ada berbanding dengan orang yang lebih teruk nasibnya daripada kita….
      h. Berbincang dengan orang yang pakar; pakar sakit puan ke, psikologi, kaunseling, suami, ibu bapa atau pun kawan yang dipercayai…

      Bila anda ingin merancang anak ke dua, anda perlu memastikan;

      a. Badan larat dan sihat
      b. Perbezaan umur anak; bagus antara 1.5 dengan 2 tahun
      c. Jangan tergesa-gesa, dan jangan sekali-kali menyesal dengan 2nd baby…berdosa…
      d. Kekukuhan kewangan.

      Keterangan lanjut, di nasihatkan jumpa pakar sakit puan di hospital-hospital tertentu, banyak maklumat dan cadangan akan di beri oleh pakar…yang penting jaga makan, kesihatan dan senaman baru peredaran darah berjalan lancar, stress dan toksin hormon2 negatif keluar melalui peluh…sabar…apa jenis makanan yang nak di makan, search pasal makanan seimbang…semoga anda dapat la serba sedikit apa yang saya bagi idea…jaga diri…t.kasih…

  2. landdy Says:

    saya jg mengalami masalah seperti kalian..dan sangat risau akan kesihatan saya..tapi bila sy diperkenal oleh kwn saya tentang satu product yg dapat mengambalikan keseimbangan hormon saya..iaitu lobamax. semua masalah tentang hormon saya dapat di pulihkan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: