Petua sihat, langsing & cantik di mata-mata…

May 10, 2009

Semenjak kebelakangan ini badan aku terasa sengal-sengal dan selalu cepat penat dan nak marah sahaja. Kenapa agaknya?

Kalau ikut kata mak dan abah aku, aku ni sebenarnya kurang vitamin ataupun lebih tepat kurang zat. Banyak nak tahan makan sebab nak kurus. Mmmm…bila fikir balik macam betul je apa yang diorang cakap.

Apalah gunanya duit banyak kalau tak dapat menjaga kesihatan badan sendiri kan. Macam tu ibarat korek lombong emas lepas tu tanam balik. Hampeh!

Ini la kisah orang perempuan. Bila badan naik sikit, ditegur kengkawan mula lah rasa tak nak makan, konon-konon ber diet. Tak salah berdiet. Ok, sekarang aku memulakan kembali kehidupan sihat aku yang dah lama aku tak praktikan semenjak dua menjak ni.

Aku dah tahu, kalau anda yang sama-sama nak mengekalkan tubuh badan yang menarik, adalah seperti berikut:-

a. Bangun daripada tidur sahaja tanpa mengosok gigi, anda harus terus meminum air masak segelas. Ini kerana badan kita telah dehydrate selepas beberapa jam tidur. Badan perlukan air, lebih 70%…

b. Pastikan anda makan pagi ataupun breakfast, makanan yang paling baik sebelum makanan yang pelbagai ialah buah-buahan, contoh; buah kiwi, oren, pisang, dsbnya.

c. Makan pagi atau breakfast sebelum jam 10:30 pagi, sebab bila dah cecah 12pm, makanan yang bakal dimakan akan menjadi makan tengahari dan kalau terlambat anda mula melantak.

d. Pastikan anda buang air besar setiap hari sekurang-kurangnya sekali…kalau tak boleh, bagi sampai boleh…sebab air besar tu salah satu toksin yang boleh mengemukkan badan dan melemahkan badan.

e. Makan tengahari seperti biasa dan pastikan anda lebihkan benda yang berfiber seperti sayur.

f. Seelok-eloknya minum air pada akhir makan selepas sekurang-kurangnya 30minit. Bagi makanan turun dulu. Kalau minum air dalam masa terdekat boleh menyebabkan enzim dalam perut mencair dan melambatkan proses pencernaaan anda. Tapi kalau rasa nak tercekit, minumla seteguk.

g. Banyak minum air suam, sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari.

h. Kalau rasa nak kudap-kudap, cari makanan yang kurang MSG dan berguna untuk zat badan, seperti buah-buahan dan kismis ke, ataupun apa sahaja yang berzat.

i. Cari masa dan peluang untuk melakukan aktiviti beriadah ataupun bersukan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiapnya ialah 15-20 minit. Jangan malas kalau nak badan sihat dan cantik.

j. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, ianya mampu menyegarkan badan disamping membantu meyingkir toksin-toksin dan kuman yang tak menyihatkan badan.

k. Makan malam biarla sebelum jam 8.30pm. Dan makanla di meja makan, jangan dihadapan televisyen. Kusyuk ketika makan. Alami dan hayati apa yang anda makan, ini kerana ketika makan otak anda yang akan menyatakan perasaan rasa makanan tersebut lalu disampaikan kepada organ tubuh badan yang lain supaya mempermudahkan proses pencernaan. Jangan tamak. biar kualiti dan bukan kuantiti.

l. Cuba mencari bahan bacaan yang berfaedah, daripada asyik mengadap televisyen. Sekurang-kurangya sehari sekali sebelum tidur. Baik untuk rehatkan minda untuk keesokkan harinya.

m. Tidur awal, sebelum tu basuh kaki, tangan, kumur dan tidurla dengan perasaan bersyukur dengan segala nikmat yang telah di beri. Jangan lupa minum air juga.

JIka mengamalkan petua aku ni sekurang-kurangnya salah satu daripada M…semoga badan anda akan lebih cantik, langsing dan sihat. Ini petua, aku pun praktik sendiri. Selamat beramal.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: