Cara menghadapi ‘Buasir’

May 14, 2009

Tahukah anda apa itu buasir? Ataupun mungkin ada pernah mengalaminya tetapi tidak tahu apa bendanya itu, Ataupun anda tahu tapi takut nak jumpa doktor ataupun nak berkongsi dengan orang yang terapat.

Buasir ataupun dalam bahasa saintifiknya ‘ Haemorrhoids’, ialah pembekakan pada vena yang terletak di bahagian rektum ataupun dubur. Apabila vena ini terkeluar ia menganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

piles

Antara sebab-sebabnya termasuklah;

a. Sentiasa duduk

b. Meneran, ketika najis keras ataupun sembelit

c. Cirit-birit

d. Duduk mencangkung terlalu lama dalam tandas

e. Batuk yang teruk

f. Bersalin

Selain segera berjumpa doktor, hal ini boleh di sembuhkan dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut, hanya di rumah;

a. Jika ada ‘bathtub’ ataupun timba besar yang boleh muat cangkungan anda, penuhkan perkakas tersebut dengan 4-5 inci air suam, dan masukkan bahagian bawah anda kedalamnya.

Anda haruslah berada dalam posisi mencangkung dalamnya, tetapi anda akan berasa sakit sedikit akibat buasir tersebut. Apa yang anda bakal rasa ialah darah yang ada di sekeliling bahagian tersebut akan mula mengembang dan mengeluarkannya untuk membersihkan kawasan dubur anda.

b. Selesai sahaja menjalani treatment tersebut, sapukan sedikit vaselin di bahagian tersebut. Ia akan membuatkan kawasan dubur anda lebih selesa dan lembut.

c. Sabar jika ingin cepat sembuh.

Jaga pemakanan selepas terkena buasir, jangan terlalu mengikut perasaan dengan melantak dengan pelbagai makanan yang kurang keperluan zat. Jika boleh makanla;

health food

a. Lebihkan makanan yang berfiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Banyak kajian telah membuktikan bahawa makanan yang tinggi serat fiber mampu mengelakan anda terkena penyakit buasir.

Contoh; Roti berfiber, cereal, beras perang dan kekacang.

b. Apabila anda sedang mengamalkan pemakanan berfiber, dalam masa yang sama badan anda akan dehydrate, Jadi lebihkan meminum air suam. Pastikan air kencing anda berwarna kuning pucat, itu menandakan anda cukupla air dalam badan.

c. Rajinla senaman. sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30 minit sudah memadai.

Selamat mencuba. Jagala kesihatan tubuh badan sendiri!

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: