Sahabat tikam belakang!

March 22, 2010

Mungkin ada hikmah di sebaliknya dan ada perkara yang lebih besar menanti aku kelak…itula ayat pertama yang terlintas difikiran dan hatiku sekarang…

Aku terjumpa beberapa keping gambar lama yang mengisahkan pengalaman bekerja dengan orang-orang yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila…mungkin ada nama yang aku terlupa,tetapi, inshaallah rupa mereka tidak akan aku lupakan…

Mereka ini antara orang-orang yang bekerja di belakang tabir dalam mengendalikan rancangan-rancangan TV di salah sebuah stesyen berbayar pada sekitar tahun 2004, rasanya gaji mereka tidaklah banyak mana, tetapi mereka tekun bekerja sehingga tidak mengira waktu dan masa yang telah dihabiskan. Almaklumla siaran 24 jam…

Zaman kegemilangan kami, di mana segalanya menjadi kenyataan dan mendapat sambutan penonton saluran ini…malangnya faktor politik dalaman antara pekerja-pekerja menyebabkan muka-muka yang boleh dipercayai telah mengkianati hubungan diantara satu sama lain…punca itu terjadi kerana pengurus yang bertanggungjawab telah mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang staff, lalu namanya diperkatakan oleh orang sekeliling…

Dalam masa yang sama syarikat terbabit telah menawarkan kouta kerja tetap kepada staff yang telah lama berkhidmat dengan mereka lebih 4 tahun…punya lama nak permenantkan orang!…

Jadi, pengurus yang dipertanggungjawab tadi menggunakan kesempatan ini untuk memanipulasikan orang bawahannya supaya mengenal pasti siapa yang membawa mulut kisah skandalnya…pengurus tu mungkin risau jika diketahui pihak atasan, kerana ini boleh memburukan imej syarikat terbabit…

Pelbagai spekulasi dan tikam menikam berlaku diantara pekerja dalam bahagian tersebut, daripada lebih kurang 20 orang, hanya 10 orang yang terpilih untuk kerja tetap ini…

Seorang demi seorang akan menemui pengurus ini, bukankah sepatutnya proses penilaian pekerja semuanya berkaitan dengan kerja?

Tetapi setibanya giliran aku, pengurus tersebut bertanya, ” Ada tak dengar gosip pasal i dengan si *****? aku dengan berasa agak hairan, “Saya sibuk dengan kerja sampai tak perasan ada gosip macam tu”…pengurus, ” Takkan you tak ambil tahu langsung?”…aku, “Maafkan saya, saya tak nak tahu”…pengurus, “Awak ni pekerja yang tidak bagus kerana tak nak jadi mata, telinga dan mulut kepada saya, untuk sampaikan dan ceritakan hal skandal saya dengan si *****…aku, “Bingung kejap…sambil cakap dalam hati, lantak kau la nak skandal ngan sapa2″…pengurus tersebut mula memaki aku, dek kerana aku tak ambil tahu pasal gosip skandal dia dengan si*****…

Itula yang berlaku seterusnya kepada beberapa kawan aku yang lain…dan ada juga jenis orang yang memang diala yang selalu membuat cerita dan suka bercerita tentang hal orang, dan DIAla yang memetik beberapa nama orang lain untuk menutup cerita gosip yang disebarkan oleh dia sebenarnya kepada pengurus tadi…

Lalu, orang-orang yang tidak bersalah seperti aku dan beberapa orang lagi dianayai oleh DIA…kami tentu sekali tidak dapat permenant…DIA dapat…

Tak mengapa…disebabkan aku rasa terlalu lama aku berbakti untuk syarikat tersebut dengan tidak mengira masa dan kelebihan-kelebihan yang sepatutnya aku dapat sebagai pekerja di Malaysia, aku pun mencari peluang untuk membuat kerja luar, kebetulan seorang pengurus daripada bilik berita memperkenalkan aku kepada salah seorang rakannya yang bakal menerbitkan rancangan untuk siaran luar negara…aku rasa itula dia…permulaan survival aku dalam bidang penyiaran ini…

Rakan-rakan lain yang turut terasa dianaya juga berhenti daripada syarikat terbabit dan meneruskan perjalanan masing-masing…dan ada diantara mereka lebih berjaya dan menonjol di kaca TV sekarang…alhamdullilah…

Aku juga bersyukur dengan jalan yang di berikan…dengar cerita juga akhirnya pengurus yang sibuk dengan kisah skandalnya turut diketahui pihak pengurusan syarikat dan beberapa dakwaan lain yang menunjukan dia bersalah…lalu dia ditukarkan ke tempat jauh dan lama-kelamaan pangkatnya diturunkan sehingga dia sendiri meletakan jawatan…

Sebenarnya, sehingga sekarang aku tidak tahu siapakah DIA, adakah DIA itu kawan karibku sewaktu disana? kerana berdasarkan perbincangan aku dengan pengurus sebelumnya mengesahkan cerita-cerita yang hanya diketahui orang-orang yang aku percayai…

Itula…moralnya, berhati-hatilah dengan musuh dan beribu kali ganda berhati-hati dengan sahabat baik kita…

Masalah tidur

March 21, 2010

Jam menunjukan hampir 3pagi…dan aku masih belum tidur lagi…apa yang aku buat agaknya? dan apa yang aku fikirkan agaknya? separuh bercelaru otak ni memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikirkan untuk waktu-waktu begini…bukan ke sepatutnya otak dan badan aku perlu berehat sekarang?

Okay, cerita berkenaan dengan aktiviti aku hari ini…sudah 3 hari aku sakit tekak dan badan rasa kurang sihat, paling ketara adalah semalam kerana tekak amat sakit dan suara aku bunyi rock kapak ditambah pula dengan sakit kepala akibat virus selsema dan batuk yang kering.

Doktor berpendapat ini adalah kesan sampingan cuaca disamping aku ni agak kurang minum air. Ok, tapi aku masih tiada semangat seperti selalu…apa agaknya yang aku fikirkan???

Mungkin pengaturcaraan hidup aku sedikit kucar kacir, terutamanya yang melibatkan urusan bekerja di pejabat. Pandangan aku mengenai kerjaya masih lagi samar-samar…apa yang aku perlu buat sebab aku mempunyai cita-cita yang tinggi.

Selama ini aku merancang perjalanan hidupku bersama usaha yang kental, dan alhamdullilah ianya berjalan lancar biarpun terpaksa mengharungi beberapa rintangan, sejak akhir-akhir ini aku asyik memikirkan kenapa aku perlu terus stres untuk mengejar apa yang aku fikirkan…

Adakah aku sahaja yang berasa sebegini? Tentu sekali tidak…tetapi itulah namanya hidup, u win one and u will lose one…berbalik pada aktiviti hari ini, aku bangun pagi macam biasa minum secawan air masak kemudian disusuli air kopi susu dan rehat sebentar dihadapan televisyen.

Selesai tengok cerita sekurang-kurangnya sejam, aku mengemas almari baju, saja sebab selama ni tak sempat nak tengok baju yang gantung dan tak bergantung…aku lunch kat rumah je…lepas itu petang pegi taman untuk sessi riadah, artikel kesihatan yang dikeluarkan di media-media ada mengatakan setiap seorang individu digalakan berjalan sekurang-kurangnya 10,000 tapak sehari, baru menjaga kesihatan namanya.

Malam aku makan kat rumah mak aku, dan keluar beri barang dapur rumah aku di Cold Storage, aku mencari roti bun yang kosong untuk dimakan bersama burter dan strawberry dan beberapa barang dapur yang lain.

Ingatkan lepas habis membeli nak terus balik…rupnya tempat foot reflexology massage memanggil aku, jadi aku pun buatla…dalam masa 11/2 jam…tukang urut ni bagus ya amat…good to come here…

Agaknya tadi aku rasa segar sebab tukang urut ni pergi lenyek bahu aku macam pankek…jadi sekarang aku dah mula mengantuk. Jadi bersambung lagi…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.