Re- kitchen & bathroom

July 21, 2009

A few weeks ago i’ve been busy doing research for my kitchen remodelling and toilet renovation…tbc

Aku syukur…

June 3, 2009

Aku syukur kerana aku Islam,

Aku syukur kerana aku ada asas  ilmu islam dan mengamalkannya,

Aku syukur kerana diri ku mampu mengawal dan terpelihara daripada perkara-perkara yang yang boleh merosak kan rohani, fizikal, mental dan akal ku,

Aku syukur kerana aku dibesarkan dengan didikan sempurna,

Aku syukur kerana dibesarkan dengan persekitaran yang seimbang,

Aku syukur kerana Allah sayangkan ku

Aku syukur kerana ibu bapa dan ahli keluarga menyayangiku,

Aku syukur kerana diberikan segala anggota yang diperlukan,

Aku syukur kerana badan ku sihat,

Aku syukur kerana hidupku sederhana,

Aku syukur di berikan dan dimurahkan rezeki daripada pelbagai aspek,

Aku syukur dapat menikmati makan dan minuman yang berkhasiat,

Aku syukur kerana mempunyai akal dalam membuat pilihan.

Aku pilih untuk syukur daripada aspek yang tidak dapat dihuraikan, sehingga ketahap alpha dan beta, deta dan sebagainya.

Tanda untuk aku rasa  bersyukur kepada Allah ialah dengan mengikut segala perintah yang telah di sampaikan dalam kitab al-quran dan melaksakannya.

Aku tidak akan berhenti untuk mendalami apa yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa seperti ku di dunia ini, aku akan laksanakan apa yang sepatutnya demi melaksanakan kepercayaan ku.

Aku sayang Allah, kerana dia berikan segalanya kepadaku, tetapi kebanyakan masyarakat di Malaysia leka dan tidak perdulikan perkara yang sepatutnya malah melanggar segala perintahnya sambil membuat kepercayaan mereka sendiri dalam islam. Sampai bila tunggu berubah kalau tak cuba? Adakah saat-saat akhir kematian mereka?

Ya, Allah, maafkan aku kalau jika aku tidak berjaya mengubah pandangan dan melaksanakannya kepada hamba-hamba mu yang lain. Namun, aku tetap tidak akan berputus asa untuk mengajak mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mereka terhadapmu. Aku amat bersyukur terhadapmu. Ampunilah dosa-dosa ku, kedua ibu bapaku, serta umat muslim dan muslimat yang dikasihi Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui lagi mangasihi dengan karenah hamba-hamba mu ini.

Amin.

IBS? “Irritable Bowel Syndrome” ataupun Sindrom Iritasi Usus Besar.

Apa itu? Maksud yang paling senang difahami ialah kesukaran untuk “membuang air besar”. Hal ini mudah berlaku apabila usus anda tidak berfungsi dengan baik.

Pasti!!! Hal ini memang serius. Jika tidak diperdulikan ia ibarat seperti mengumpul  sampah di dalam longkang yang tersumbat. Apa akan jadi? Busuk! Tak kan anda nak biarkan usus anda busuk akibat tersumbat dengan sisa pepejal yang tidak diperlukan. Bila tak buang, gas dan cecair sisa-sisa tersebut mula tersebar lalu menyerap ke dalam dinding ataupun saluran usus anda.

Akibatnya gas yang tercipta ia akan mula mencari tempat untuk berselindung. Lalu gas-gas tadi akan tiba ke organ-organ badan kita yang lain dan menyebabkan badan berasa tak selesa dan berangin. Jika setakat berangin masih boleh bertahan lagi, macam kalau ia menjadi toksin yang mampu menganggu sistem organ badan kita yang lain?

Nah! ini la dia menyebabkan pelbagai penyakit mula timbul dan salah satunya ialah Migraine, selsema, perut kembung dan sebagainya.

 colon

Tiada siapa yang boleh membantu seseorang itu untuk melancarkan proses pencernaan mereka melainkan diri sendiri. Kajian daripada medi.co.uk menyebut seorang daripada lima orang mengalami sindrom ini.

Anda hanya boleh berjumpa doktor untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar selain mengambil ubat-ubatan dan sebagainya. Namun apa yang paling penting sebenarnya adalah diri anda yang perlu mengajar, memikir dan melaksanakan pembuangan air besar sekurang-kurangnya sekali sehari.

Berikut adalah antara perkara yang boleh anda lakukan bagi membantu melancarkan proses pencernaan;-

a.  Makan banyak fiber, makan banyak fiber, makan banyak fiber, ditambah kalau ada supplementary fiber, makanla…tapi yang berdaftar ya, jangan ambil sembarangan. Contoh buah kiwi, nenas, oren dan sebagainya.

b.  Makan sayur-sayuran, makan sayur-sayuran, makan sayuran. Sayuran bukan sahaja kaya dengan fiber malah ada sebahagiannya mengandungi zat protien.

c. Tolong rajin-rajin melakukan aktiviti senaman, sekurang-kurangnya berjalan. Pergila pusat membeli belah…kalau malas nak jogging dan berpeluh2.

d. Tolong hindari diri anda daripada stress yang tak perlu dan merepek! Relevenkan diri sentiasa…jangan terlalu beremosi.

e. Cuba belajar cara untuk relaxkan diri dan minda termasuk jiwa. Ketenangan dan kegembiraan akan menyebabkan enzim dalam perut anda aktif dan bersama-sama membantu mencernakan makanan dalam perut dengan baik.

f. Cuba letak kain berwarna oren ataupun kuning di perut. Cuba je dahulu…

Go for ur life!

Urutan ‘Shiatsu’

May 15, 2009

wellness sactuary

Wellness santuary ni tempat di mana aku rajin pegi berurut.  A’aa…sorry for ladies only…no men…tapi memang best sebab tempat ni urut cara shiatsu & aromateraphy.

Kebanyakan pelanggannya adalah european, swedish dan sebagainya. Pakej berurut di sini tak la mahal sangat, dan kira berbaloi jika nak dibandingkan dengan kerahan tenaga yang dikeluarkan oleh tukang urutnya.

oil

Semalam buat temujanji berurut di sini. Habis sahaja waktu pejabat aku bergegas ke sini. Wah! bahu dan belakang badan aku memang sakit sangat akibat otot stress dan urat belikat terselit kotnya. sampai sahaja di spa ni, Salah seorang daripada pekerja mereka yang akan mengurut aku merendamkan kaki aku dalam sebuah bekas kayu yang berisi dengan air suam dan bunga hidup, mmm…best…

Sambil merendam kaki, dia memberi pilihan kepada aku untuk memilih aroma minyak yang bakal digunakan. Aku pilih peppermint sebab badan aku pun tak beberapa sihat, ada low fever tambahan sinus.

Selesai memilih, aku ditempatkan ke bilik mengurut, dan kena tukar pakaian dan kena pakai cap untuk aktiviti mengurut.

Memang best cara mengurut shiatsu ni sebab diorang akan banyak gunakan accupressure pada bahagian yang kita sakit, di samping membantu darah untuk berjalan dengan lebih lancar. Tambahan mampu mengaktifkan sistem limpa kita untuk mengeluarkan antibodi badan sendiri demi melawan virus yang sedang menyerang badan aku ni. woh!

Apa urut shiatsu tu? ianya berasal daripada sweden. Pengasasnya nama Per Hendrik Ling. Matlamat urutan ini sememangnya untuk melancarkan darah disamping melancarkan sisitem limpa kita.

Terdapat beberapa teknik yang diorang telah gunakan terhadap para pelanggan, seperti berikut; -

Petrissage

 

 

Petrissage, tekanan diberikan diantara kedua belah otot badan.

 

 

 

 

friction

friction, di mana urutan lebih mendalam dilakukan dengan menggunakan hujung  jari ataupun siku.

kemudian, Effleurage, di mana urutan secara terus menerus di belakang badan sepanjang diantara tulang belakang anda.

 

42-16915198

 

 

Kneading, di mana tukang urut akan urut sambil mengerak-gerakan otot di bahagian kaki.

 

 

hacking   

Hacking, dan urutan ini akan diakhiri dengan beberapa tumbukan kecil di bahagian belakang badan.

 

 

 

Semuanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 11/2 jam dan akan berakhir dengan urutan dibahagian kepala, muka dan leher.

* Bagi kalangan lelaki yang teringin nak pergi datangla bersama pasangan ataupun mak ataupun kawan perempuan anda. Sebab diorang hanya menerima wanita sahaja, melainkan ada kehendak mengikut wanita tersebut.

Cubala. elok tau Massage therapy ni.

therapy      

In generally, massage therapy is very safe.  However, massage should not be used on areas of the body that are damaged, for instance a healing scar or burn. There are known reasons not to massage people with canceror those who have had heart attacks.

However, the safety of essential oils is an important issue that is yet to be addressed properly. There is no evidence of any adverse reaction to essential oils other than occasional skin sensitivity, but they are absorbed into the body and have a physiological effect. To date, there is no evidence that these oils can trigger cancer or harm people in any way when they are used correctly. However, essential oils are now being used by people in their own homes and they should be monitored carefully by the professional using them for any possible long term adverse reactions. At present there is no formal reporting system for adverse reactions to essential oils.

Massage based therapies should not be used diagnostically, as they are not reliable techniques for diagnosing illness.

If you massage therapist, you will be in close physical contact with them. This carries some risk, so it is important that you make sure the practitioner is properly registered.

Tahukah anda apa itu buasir? Ataupun mungkin ada pernah mengalaminya tetapi tidak tahu apa bendanya itu, Ataupun anda tahu tapi takut nak jumpa doktor ataupun nak berkongsi dengan orang yang terapat.

Buasir ataupun dalam bahasa saintifiknya ‘ Haemorrhoids’, ialah pembekakan pada vena yang terletak di bahagian rektum ataupun dubur. Apabila vena ini terkeluar ia menganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

piles

Antara sebab-sebabnya termasuklah;

a. Sentiasa duduk

b. Meneran, ketika najis keras ataupun sembelit

c. Cirit-birit

d. Duduk mencangkung terlalu lama dalam tandas

e. Batuk yang teruk

f. Bersalin

Selain segera berjumpa doktor, hal ini boleh di sembuhkan dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut, hanya di rumah;

a. Jika ada ‘bathtub’ ataupun timba besar yang boleh muat cangkungan anda, penuhkan perkakas tersebut dengan 4-5 inci air suam, dan masukkan bahagian bawah anda kedalamnya.

Anda haruslah berada dalam posisi mencangkung dalamnya, tetapi anda akan berasa sakit sedikit akibat buasir tersebut. Apa yang anda bakal rasa ialah darah yang ada di sekeliling bahagian tersebut akan mula mengembang dan mengeluarkannya untuk membersihkan kawasan dubur anda.

b. Selesai sahaja menjalani treatment tersebut, sapukan sedikit vaselin di bahagian tersebut. Ia akan membuatkan kawasan dubur anda lebih selesa dan lembut.

c. Sabar jika ingin cepat sembuh.

Jaga pemakanan selepas terkena buasir, jangan terlalu mengikut perasaan dengan melantak dengan pelbagai makanan yang kurang keperluan zat. Jika boleh makanla;

health food

a. Lebihkan makanan yang berfiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Banyak kajian telah membuktikan bahawa makanan yang tinggi serat fiber mampu mengelakan anda terkena penyakit buasir.

Contoh; Roti berfiber, cereal, beras perang dan kekacang.

b. Apabila anda sedang mengamalkan pemakanan berfiber, dalam masa yang sama badan anda akan dehydrate, Jadi lebihkan meminum air suam. Pastikan air kencing anda berwarna kuning pucat, itu menandakan anda cukupla air dalam badan.

c. Rajinla senaman. sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30 minit sudah memadai.

Selamat mencuba. Jagala kesihatan tubuh badan sendiri!

Improve foot health

May 11, 2009

Stay healthy
It may sound chic to say you have to suffer for fashion, but corns, bunions, hammer toes, shortened calf muscles and ingrown toenails don’t sound like “must-haves” for the fash pack. These afflictions may be exactly what you’re getting when you reach everyday for the stilettos instead of the Rockports.

A report last year from the American Academy of Orthopedic Surgeons found that only 21 percent of women wore high heels (more than two inches) to work, compared with 34 percent 10 years ago, according to OnHealth.com. Instead, women are reaching for sensible shoes.

The ideal shoes? Some podiatrists recommend one-and-a-half to two-inch chunky heels with padded insoles and plenty of room for the toes to move, according to eFit.com

Improve foot health

  • Limit the amount of time you wear high heels. Alternate with good quality flats for part of the day, and choose comfort shoes for weekends and casual use.
  • Choose shoes that give your toes room to move. Experts recommend laced, rather than slip on shoes for best fit.
  • Make sure your sandals have straps.
  • For high heels with thin soles, you can even have a thin rubber sole cemented to the bottom of the shoe to cushion the foot.
  • According to Dr. David Stege, a specialist in foot and ankle disorders, even nylon pantyhose can cause excessive perspiration which may encourage fungal infections like athlete’s foot. “Inexpensive nylon pantyhose can also cause forefoot problems…the cramping and pressure of the hose can contribute to ingrown toenails and hammertoes,” according to his web site.

Special foot considerations
If you’re over 65 make sure you choose lightweight, shock-absorbing soles that are not slippery and  leather uppers that breathe.

If you’re pregnant, realize that your feet may grow a full size — give up the high heels! Look for substantial, comfy styles with thick, supportive soles.

Comfort resources
Rockport – Athletic, career, trend — this company makes it all. Great quality and design make this a comfy classic.
Hushpuppies- The famous suede flats were hot a few years ago, but the comfy sleek styles still look modern with plenty of casual and corporate casual looks. A cult classic.

Cara pembelian kasut!

May 11, 2009

Jika ada kasut yang anda minat dan tak muat, JANGAN BELI! Jangan sesekali merasakan kasut tersebut bakal regang dan akan menjadi selesa dan elok seperti yang anda fikirkan. Tapak kaki anda tidak akan mengencil kalau tak muat, jadi ikutla beberapa panduan ketika membeli kasut seperti berikut:-

a. Setiap pembelian sepasang kasut harusla ada ruang sebanyak 1/2″ di hadapan ibu jari mahupun di tumit belakang kaki.

42-17017350

b. Berdiri ketika mencuba kasut supaya anda lebih tahu dan sebenarnya tapak kaki akan menjadi lebih panjang apabila anda berdiri.

c. Belila kasut di waktu petang ataupun malam, kerana tapak kaki anda sedang memanjang wati teersebut.

d. Ukur kedua belah tapak kaki anda, kerana ianya tidak sama size.

Semenjak kebelakangan ini badan aku terasa sengal-sengal dan selalu cepat penat dan nak marah sahaja. Kenapa agaknya?

Kalau ikut kata mak dan abah aku, aku ni sebenarnya kurang vitamin ataupun lebih tepat kurang zat. Banyak nak tahan makan sebab nak kurus. Mmmm…bila fikir balik macam betul je apa yang diorang cakap.

Apalah gunanya duit banyak kalau tak dapat menjaga kesihatan badan sendiri kan. Macam tu ibarat korek lombong emas lepas tu tanam balik. Hampeh!

Ini la kisah orang perempuan. Bila badan naik sikit, ditegur kengkawan mula lah rasa tak nak makan, konon-konon ber diet. Tak salah berdiet. Ok, sekarang aku memulakan kembali kehidupan sihat aku yang dah lama aku tak praktikan semenjak dua menjak ni.

Aku dah tahu, kalau anda yang sama-sama nak mengekalkan tubuh badan yang menarik, adalah seperti berikut:-

a. Bangun daripada tidur sahaja tanpa mengosok gigi, anda harus terus meminum air masak segelas. Ini kerana badan kita telah dehydrate selepas beberapa jam tidur. Badan perlukan air, lebih 70%…

b. Pastikan anda makan pagi ataupun breakfast, makanan yang paling baik sebelum makanan yang pelbagai ialah buah-buahan, contoh; buah kiwi, oren, pisang, dsbnya.

c. Makan pagi atau breakfast sebelum jam 10:30 pagi, sebab bila dah cecah 12pm, makanan yang bakal dimakan akan menjadi makan tengahari dan kalau terlambat anda mula melantak.

d. Pastikan anda buang air besar setiap hari sekurang-kurangnya sekali…kalau tak boleh, bagi sampai boleh…sebab air besar tu salah satu toksin yang boleh mengemukkan badan dan melemahkan badan.

e. Makan tengahari seperti biasa dan pastikan anda lebihkan benda yang berfiber seperti sayur.

f. Seelok-eloknya minum air pada akhir makan selepas sekurang-kurangnya 30minit. Bagi makanan turun dulu. Kalau minum air dalam masa terdekat boleh menyebabkan enzim dalam perut mencair dan melambatkan proses pencernaaan anda. Tapi kalau rasa nak tercekit, minumla seteguk.

g. Banyak minum air suam, sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari.

h. Kalau rasa nak kudap-kudap, cari makanan yang kurang MSG dan berguna untuk zat badan, seperti buah-buahan dan kismis ke, ataupun apa sahaja yang berzat.

i. Cari masa dan peluang untuk melakukan aktiviti beriadah ataupun bersukan. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiapnya ialah 15-20 minit. Jangan malas kalau nak badan sihat dan cantik.

j. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, ianya mampu menyegarkan badan disamping membantu meyingkir toksin-toksin dan kuman yang tak menyihatkan badan.

k. Makan malam biarla sebelum jam 8.30pm. Dan makanla di meja makan, jangan dihadapan televisyen. Kusyuk ketika makan. Alami dan hayati apa yang anda makan, ini kerana ketika makan otak anda yang akan menyatakan perasaan rasa makanan tersebut lalu disampaikan kepada organ tubuh badan yang lain supaya mempermudahkan proses pencernaan. Jangan tamak. biar kualiti dan bukan kuantiti.

l. Cuba mencari bahan bacaan yang berfaedah, daripada asyik mengadap televisyen. Sekurang-kurangya sehari sekali sebelum tidur. Baik untuk rehatkan minda untuk keesokkan harinya.

m. Tidur awal, sebelum tu basuh kaki, tangan, kumur dan tidurla dengan perasaan bersyukur dengan segala nikmat yang telah di beri. Jangan lupa minum air juga.

JIka mengamalkan petua aku ni sekurang-kurangnya salah satu daripada M…semoga badan anda akan lebih cantik, langsing dan sihat. Ini petua, aku pun praktik sendiri. Selamat beramal.

Apa yang perlu kita buat kalau meminati seseorang? Adakah kita perlu berterus terang dengan orang tersebut? ataupun diam, dan bila terserempak dengan dia senyum lebar? ataupun approach dia sebagai sahabat rapat dulu? banyak hal ni kalau kita meminati seseorang. Bukan orang yang meminati kita. Mmmm…susah…hal ni lebih bertambah susah bila orang yang kita minati tu sudah berpunya dan kita juga sudah berpunya…bukan sekadar berpasangan tapi masing-masing dah ada rumah tangga sendiri. Dan lebih parah lagi kalau diantara orang yang kita minati dan diri kita sendiri sebenarnya tiada sebarang masalah dengan hubungan yang sudah sedia ada.

Apa nak buat? Memang mudah bila sebut pasal minat, ala setakat minat…tapi ramai yang tak sedar minat tula sebenarnya yang memupuk semangat sayang lalu cinta kepada seseorang. Kalau sayang dan cinta tu terbalas kira lega, cuba bayangkan kalau orang yang kita minat tu kritik balik dengan perbuatan kita…kan dah memalukan diri sendiri…lalu timbulla pelbagai jenayah berkenaan dengan meminati seseorang seperti rogol ngan mak esah-mak esah, bomoh-bomoh dan sebagainya.

Woh! bila nampak orang yang kita minat tuh berdebar-debar rasa hati…orang cakap macam syok sendiri la…bersemangat rasa bila nampak dia…kalau tengah bekerja penuh tekun…kalau nampak dia berjalan rasa macam nak berselisih…kalau bertentangan mata berdebar-debar rasa hati…kalau kat rumah macam tak sabar nak jumpa…nah! nila dikatakan minat+macam dah sangkut…= cinta.  My heart will go on la…

Kalau orang yang kita minati tu masing-masing tiada komitmen dan masih bujang, hal ni amat mudah diselesaikan…macam mana kalau yang dah ada pasangan tetap masing-masing? Ok, ni pendapat aku, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin dan meminati seorang lelaki yang sudah berkahwin, adalah tidak salah. cuma sejauh mana minat tu berlanjutan. Kalau boleh janganlah keterlaluan kerana hal itu boleh memburukan keadaan dan akan menyebabkan anda meruntuh kan rumah tangga yang sudah sedia ada.  Kalau minat cuba kekalkan ego anda dengan berbuat seperti biasa dan jangan sesekali meluahkannya. kerana ia adalah satu kesalahan yang amat besar. Anda akan dilihat murah di mata lelaki tersebut, seperti “alah perempuan ni senang je”. ataupun…”kesian laki dia”. Lain pula jadinya jika orang yang anda minat sudah mengetahuinya, anda juga harus masih mengekalkan ego dengan berbuat seperti biasa dan jangan sesekali menceritakan hal keburukan pasangan ataupun suami pada orang tersebut…itu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sampai mati. berkawanla seperti anda berkawan dengan orang lain, namun setiap kali jiwa anda terganggu ataupun tergugat ketika melihat dia, bayangkan sesuatu pengorbanan yang pernah pasangan anda buat terhadap anda yang tiada bandingan. seperti suami anda yang sanggup menikahi anda atas bukti klimaks cintanya terhadap anda.

Sabar adalah kata kunci yang amat tepat. Hati meminati dan menyukai seseorang sememangnya tidak akan lupus. Tapi bagaimana anda mengemudinya. Tapi percayalah perasaan yang mendalam tu akan tenggelam timbul dan lama kelamaan akan dilupakan. Jadi fikir yang penting dan perlu dulu daripada sampingan yang hadir…