Orang baru…
July 10, 2008
10 July 2008
Mula-mula dengar tentang keberkesanan blog ni membuatkan anna rasa “oh, ok!”…dan anna sebenarnya kurang nak ambil tahu apa kisahnya cerita yang terdapat dekat blog sebab banyak lagi urusan kerja dan harian yang perlu dilakukan.
Tapi dia (syahril kadir) asyik kata “kalau awak nak kembangkan kepakaran dalam bidang penulisan dan tak mahu kelebihan tu berkurangan…bukala blog”…ini memang menyebabkan anna asyik terfikir dan terfikir dan terfikir dan rasa ok juga…sebab kadang-kadang bila dah bosan dengan aktiviti harian kita memerlukan tempat untuk berkongsi idea dan pendapat dengan banyak perkara yang kita dah tahu dan belum tahu.
Sekarang anna tahu blog dan dah ada blog sendiri, walaupun ia agak lambat sedikit dikalangan rakan-rakan sekeliling.