Perlu cemburu?

July 11, 2008

Topik cemburu sebenarnya bukanla pilihan yang untuk diperkatakan dalam blog ini. Tetapi ada seorang sahabat sejati yang suruh kemukakan tajuk cemburu sebagai meluangkan masa yang ada sementara hendak buat kerja yang seterusnya.

Apa tafsiran cemburu sebenarnya? Bagi anna ia banyak dipengaruhi oleh sifat-sifat syaitan sebab cemburu banyak melibatkan perasaan yang tidak elok seperti iri hati, syak wasangka dan akan menjadi lebih parah jika tidak di jaga lebih awal.

Walaupun begitu, hal cemburu tidakla seteruk mana jika ia mempunyai sebab yang lebih munasabah. Contohnya, cemburu yang lebih positif seperti berasa teruja dengan sesuatu ataupun seseorang sehingga menyebabkan kita lebih bagus daripada sekarang. Ini dapat dilihat terutama sekali dalam bidang perniagaan, pekerjaan, pendidikan dan sebagainya.

Masalahnya cemburu yang banyak sekarang ialah berkaitan dengan pasangan masing-masing. Baik lelaki mahupun perempuan. Siapa yang lebih cemburu sebenarnya? Lelaki ataupun perempuan?

Kebanyakan orang cakap perempuan, tapi bila dikaji sebenarnya lelaki. Perempuan kalau cemburu banyak membebel, tetapi lelaki kalau cemburu pula banyak mendiamkan diri dan tiba-tiba sahaja dah ada perempuan lain.

Ha, sebenarnya sama sahaja.  

Terdapat satu contoh sebuah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tidak lebih daripada 5 tahun lalu. Mereka boleh diibaratkan seperti dua merpati sejoli kerana mempunyai persefahaman dan saling bertolak ansur diantara satu sama lain.

Namun, disebalik persefahaman mereka, ada perkara yang sebenarnya belum difahami sepenuhnya oleh si isteri. Dia yang pada mulanya bercadang hendak membuat si suami cemburu akhirnya menggelabah kerana suaminya benar-benar cemburu sehingga tidak memandangnya ketika bercakap dan seperti acuh tak acuh selama tiga hari berturut-turut.

Apa kesalahan besar si suami ialah dia tidak seromantik sepertimana mereka mula-mula bercinta dahulu. Kini, mereka jarang keluar bersama dan melakukan aktiviti yang dikongsi kerana sibuk dengan tugasan masing-masing.

Saat telefon berbunyi, si isteri yang berada di sebelah tempat memandu kereta yang dipandu oleh suaminya, dia dihubungi oleh seorang teman lelaki yang sebenarnya sekadar rakan sepejabat. Oleh kerana si isteri bijak sangat dia menjawab dengan suara yang manja dan berkata “sukarla nak cakap”, lalu menyebabkan si suami berasa terhina dengan ayat kod isterinya.

Ini telah mencetuskan satu perkataan ‘cemburu’ kerana sebelum kehadiran panggilan tersebut si isteri pernah merungut dengan layanan si suami semenjak mereka berkahwin.

Satu pagi yang indah, si isteri hendak meminta maaf dan ingin menceritakan hal sebenar tentang apa yang terjadi berkenaan panggilan tersebut. Sedang si suami bersiap untuk pergi bekerja, si isteri terkunci mulutnya untuk berkata-kata seperti yang difikirkannya kerana rasa teramat bersalah.

Si suami berlalu begitu sahaja dan pergi ke pejabat. Si isteri terlepas peluang. Beberapa jam selepas itu, si isteri ingin menelefon si suami dan ingin meneruskan niatnya. Waktu tidak mengizinkan kerana si suami rupa berada di hospital akibat kemalangan di pejabat.

Si isteri menyesal  yang teramat kerana tidak bertegur sapa selama beberapa hari dan mengharapkan keajaiban berlaku supaya dipulihkan suaminya yang tersayang.

Alhamdullilah. Suaminya pulih kembali dan memaafkannya. Lalu mereka gelak bersama mengenangkan kejadian yang menimpa.

Jadi, berdasarkan cerita pendek anna, nasib baik suaminya hidup…kalau meninggal? Macam mana? Suami meninggal dengan cemburu dan isteri hidup dengan penuh memohon kemaafan. Jadi berhati-hati untuk cemburu dan yang ingin mencemburukan.

Bagi yang belum berkahwin tidak perlu terlalu nak menyemburui diantara satu sama lain sangat kerana masih tiada pertalian yang sah yang membuktikan anda perlu cemburu membuta tuli.

Boleh cemburu tapi biar sama rata. Tidak perlu tertekan dengan rasa cemburu kerana ia boleh membawa tekanan jiwa.

One Response to “Perlu cemburu?”


  1. manusia tetap manusia, bukan besi bukan kayu
    cemburu tentu wujud, apatah lagi dia terlalu menyayangi pasangannya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri
    tapi ramai yang terlupa tentang itu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: