Wang & hutang

July 11, 2008

Setiap hari bila bangun pagi, urat badan dengan secara automatiknya akan bergerak dan bersedia untuk melakukan tugasan mengikut apa yang telah distukturkan oleh pemikiran kita dari semasa ke semasa. Ini adalah rutin harian kebanyakan orang di merata tempat di dunia, iaitu pergi bekerja. Kenapa perlu bekerja? Banyak sebab, tapi yang paling penting untuk mendapatkan wang ataupun duit.

Ramai antara kita yang kadang-kadang malas nak fikir pasal masalah wang, tambahan rentetan pelbagai harga barang yang makin menaik. Semuanya melibatkan wang. Mana ada percuma. Kita hanya mampu mengomel dan kalau tak cukup wang ada sesetengah tu mula berani meminjam wang daripada orang, ataupun yang lebih dasyat lagi terpedaya dengan iklan-iklan yang berkaitan dengan wang atau langkah yang lebih pendek lagi ialah meminjam wang daripada ah-long. Ini menyebabkan ramai antara kita rasa banyak tidak puas hati dan mudah sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan duit. Lalu budaya sesebuah masyarakat itu mula dicemari dek kerana masalah kewangan ini.

Dalam banyak-banyak topik berkenaan duit, anna lebih suka fokus terhadap sumber pendapatan seseorang. Kenapa kadang-kadang ada rakan di pejabat kita banyak merungut pasal gaji? Padahal itulah persetujuan utama mereka sebelum menerima sesuatu tawaran bekerja. Betul memang berkenaan dengan kenaikan gaji seseorang, sebabnya mereka rasa tak berbaloi dengan masa, kerahan tenaga dan kemahiran yang telah mereka lakukan. Contohnya, selepas 5 tahun bekerja ditempat yang sama masih tiada kenaikan gaji.

Ada juga sesetengah syarikat swasta yang besar dan gah, tapi masih menggunakan khidmat pekerja yang sepatutnya dianggap sebagai aset dan dibayar dengan harga terlalu murah. Dahla rakyat negara sendiri pula, tapi masih mengupah mereka dengan harga yang lebih murah daripada pekerja asing.

Kita, yang tinggal di Malaysia ini memang tak lepas daripada tanggungan beban hutang, tak kira banyak ataupun sikit. Pasti ada. Agaknya memang sengaja di ajar budaya masyarakat kita supaya berhutang. Lalu kita terpaksa bergantung kepada sesuatu, dan terikat dengannya. Tiada istilah kebebasan sebenarnya. Yang bebas hanyalah jasad. Walhal minda dan jiwa tertekan dek kerana wang.

Kerja membayar hutang dan membeli keperluan. Walau mewah macam manapun pasti ada kesempitan wang. Maknanya wang yang diterima sebagai gaji oleh orang makan gaji hanya digunakan untuk membayar hutang dan membeli keperluan asas dan selebihnya digunakan dengan berhati-hati sehingga tibanya gaji yang berikutnya.

Berlainan dengan majikan yang memberi gaji, mereka pula sibuk memusing duit seperti roda supaya ada wang dalam akaun syarikat mereka. Itu risiko mereka yang berniaga. Mereka juga ada berhutang.

Masalah ini mungkin boleh diringankan dengan memberi perhatian terhadap taraf pemberian gaji mengikut kemahiran dan bidang pekerjaan masing-masing. Dan sebenarnya rakyat Malaysia, kita punya Persatuan Pekerja di sini kurang mendapat sokongan berbanding di luar negara.

Penyelesaian tentang masalah tak cukup wang dan berhutang ni perlu diambil penting oleh kita semua kerana salah satu gejala penyakit emosi, pergaduhan, rasuah dan semuanya adalah kerana ini.

Hanya kita yang boleh menaik tarafkan kedudukan kita dalam menangani masalah kesempitan wang dan bebanan hutang.

2 Responses to “Wang & hutang”


  1. Assalamualaikum w.b.t.

    Dear Ms/Mrs Salina@Anna – Anna & the King kot.. huhu

    We love the combination of the color that you’ve choosed for your BLOG.Habbatus Sauda’ , Jintan Hitam and Black Seed are the best !! hee he.
    We are still waiting respond from you about the invitiation to your place.” Nak Swimming pool! tak kira nak jugak “,Tuty.
    Mantapkan lagi penggunaan bahasa melayu anda. Sentiasa awasi penggunaan huruf besar, keperluannya serta dimana anda perlu letak huruf besar . Ex: al-quran = Al-Quran
    BTV? Alhamdulillah.. Good for You Sis!
    S A L A M , P E A C E .

  2. Rohazli Abd Rashid Says:

    wow..interesting topic…well, for me lah…

    kalau bercakap pasal hutang nie…well, everybody have his/her own probs kan…the most important thing is how well we manage it…and how determine are we to make it happen for us…

    pasal gaji x cukup and all that…well, what I can say is…at the very beginning…we are not aware of the concept of working…for me..work means – we sell our skill and also time to our employer for a period of time for a certain sum…

    so, kat situ kita kena faham yang kita takleh expect lebih drp tu…whatever time kita sepnd kat situ, the agreed sum of amount every month tu la yg kita dapat..no more or less (maybe ader yg kurang kut..eg gaji kena tolak…)

    that’s how cruel the working environment is….effort yg kita letak maybe more than the sum yg kita dapat…but, irregardless of that..it doesn’t bring any extra benefit($$$) to us…apabila kita dah faham tu, then we can’t complaint anymore lah…sendiri mau ingat…

    maybe next time abang bole share more thing here about the concept of active income or passive income….

    see u later…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: