Buah-buahan, sayur-sayuran, ada racun…

July 15, 2008

Kepada semua rakan-rakan yang tengah sibuk memerah kepala otak untuk memikirkan isu politik semasa di Malaysia mahupun di luar negara, apa kata kita lebih pentingkan corak pemakanan seharian kita. Ini kerana, apa yang kita makan adalah untuk hidup, kesihatan dan seterusnya adalah demi untuk hidup.

Ramai orang ingat jika makan makanan berkhasiat akan membantu mereka mengurangkan risiko sesuatu penyakit, memulihkan penyakit dalam jangkamasa pendek dan sebagainya. Ramai juga orang lupa, kini era moden, di mana semua orang kalau boleh memerlukan sesuatu perkara dengan pantas. Bukan sahaja duit nak dapat cepat, tapi makanan pun kalau boleh hendak ditumbuhkan dengan cepat.

Contohnya, buah epal pernah ditafsirkan sebagai makanan yang banyak mengandungi vitamin C dan mempunyai jumlah antioksida yang tinggi dimana ia membantu bagi melambatkan proses penuaan. Bukan itu sahaja, buah epal juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, kanser prostat, dan kanser paru-paru. Ini kerana buah epal merupakan agen pemakanan yang tinggi dengan unsur-unsur fiber dan mampu membantu melancarkan proses pencernaan dengan baik.

Oleh kerana itu, ramai yang anggap bila makan banyak buah apple akan menyebabkan kesihatan mereka lebih terjamin.

Ini adalah satu kesilapan kerana untuk mendapatkan buah epal yang benar-benar organik adalah sukar dan mungkin lebih mahal daripada harga biasa.

Pada masa kini tiada istilah mustahil, dan kebanyakan daripada kita makan pemakanan yang mengandungi racun sebenarnya, terutamanya masyarakat yang berada dikawasan bandar. Sebab itu, jika di buat perbandingan dengan orang-orang dahulu dan sekarang, kita sekarang mudah tercedera jika berlaku sesuatu perkara. Kalau ikut bahasa orang-orang lama “budak-budak sekarang badan lembik dan lemah”.

Tambahan, jika anda perhatikan tok-tok, opah, nenek ataupun wan anda, mereka kelihatan lebih bersemangat dan bertenaga walaupun sudah separuh abad usianya. Ini bukan kerana sekadar awet muda, tetapi pada zaman mereka, kualiti makanan masih lagi terpelihara berbanding zaman kita yang sudah dicemari dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Anda hendak sihat dan hidup bahagia, ketahuila beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang anda makan. Bagus juga sebab ada diantara kita yang memang disiplin menjaga diet pemakanan demi mendapatkan yang terbaik untuk kesihatan badan. Berlainan pula yang suka merungut kerana masalah berat badan dan sebagainya, kerana mereka perlu menilik semula apa yang mereka makan walaupun ianya bagus.

Penyembur racun antara punca kita lemah. Bukannya sembur kepada kita, tetapi kepada makanan tanaman yang hendak dijual. Jika berada dikedai untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya, kita tidak pasti yang mana adalah elok ataupun tidak.

Apa yang kita biasanya buat ialah pastikan dicuci dan dibilas dengan bersih sebelum dimakan. Namun itu sebenarnya tidak menjaminkan kebersihan kandungan makanan tersebut daripada racun. Kerana racun tersebut telah diserap ke dalam sesuatu makanan.

Penyelesaian yang boleh diambil sebagai pilihan ialah dengan mengambil makanan yang ditanam secara organik. Namun adakah ia terjamin? Kita masih tak tahu. Tidak mengapa sebab anna akan melampirkan beberapa jenis makanan yang menyerap penyembur racun dengan kadar yang tinggi. Jadi berhati-hati sewaktu membeli makanan demi kesihatan anda, anak-anak dan keluarga. Makan untuk hidup dan kesihatan.

The Full List: 43 Fruits & Veggies

RANK

FRUIT OR VEGGIE

SCORE

1 (worst)

Peaches

100 (highest pesticide load)

2

Apples

96

3

Sweet Bell Peppers

86

4

Celery

85

5

Nectarines

84

6

Strawberries

83

7

Cherries

75

8

Lettuce

69

9

Grapes – Imported

68

10

Pears

65

11

Spinach

60

12

Potatoes

58

13

Carrots

57

14

Green Beans

55

15

Hot Peppers

53

16

Cucumbers

52

17

Raspberries

47

18

Plums

46

19

Oranges

46

20

Grapes-Domestic

46

21

Cauliflower

39

22

Tangerine

38

23

Mushrooms

37

24

Cantaloupe

34

25

Lemon

31

26

Honeydew Melon

31

27

Grapefruit

31

28

Winter Squash

31

29

Tomatoes

30

30

Sweet Potatoes

30

31

Watermelon

25

32

Blueberries

24

33

Papaya

21

34

Eggplant

19

35

Broccoli

18

36

Cabbage

17

37

Bananas

16

38

Kiwi

14

39

Asparagus

11

40

Sweet Peas-Frozen

11

41

Mango

9

42

Pineapples

7

43

Sweet Corn-Frozen

2

44

Avocado

1

45 (best)

Onions

1 (lowest pesticide load)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: