Ada BANK penipu!!!

July 16, 2008

Ramai yang ingat bila simpan duit dalam bank lebih selamat. Betul ke selamat? Tapi orang zaman dulu-dulu kebanyakannya simpan duit di tempat rahsia mereka. Dan kadang-kadang hairan, lebih selamat rasanya mereka simpan sendiri berbanding simpan dalam bank kerana duit itu ada bila kita perlukan, manakala berlainan simpan dalam bank, kadang-kadang masalah mesin la, duit hilang la dan sebagainya.

Terdapat sebuah bank yang agak terkemuka jugala di Malaysia ini sebab ada bagunan yang canggih dan mahal di merata tempat di Malaysia, tetapi mempunyai kualiti layanan pelanggan tahap negatif peratus. Ini kerana ada segelintir diantaranya takut ataupun tidak tahu untuk berurusan dengan pelanggan mereka secara profesional, dan jika terdapat sebarang masalah dengan urusan kewangan mereka amat lembab memberi maklum balas kepada para pelanggan yang sedang menunggu jawapan.

Apakah mereka semua menyembunyikan sesuatu kesalahan dan kesilapan berkenaan duit orang? Masalahnya ramai diantara kita kadang-kadang takut untuk menyuarakan hak sebagai pelanggan bank kerana dikhuatiri nama akan buruk. Padahal apabila kita menghadapi masalah pengurusan kewangan yang dilakukan oleh pihak bank, kita patut menyuarakannya. Kerana itu adalah duit kita. Kita tak tahu apakah yang berlaku dengan simpanan kita yang mungkin sudah bertahun-tahun, ataupun gaji bulanan kita dipotong secara haram oleh pihak bank.

Jika itulah yang berlaku dalam sesebuah bank bermakna mereka adalah penipu besar dan sepatutnya pulangkan duit orang dan tutup sahaja bank itu.

Kata zaman moden, semuanya canggih, tetapi kenapa ada juga urusan bank yang melibatkan cek yang sepatutnya sudah memperolehi duit dalam masa satu hari ditangguhkan sehingga dua minggu tanpa memaklumkan kepada pelanggan yang berkenaan? Ada penyelewengan ke? Ataupun duit terbang sebentar? Ada yang lebih dasyat lagi, bila ditanya ada masalah penolakan cek? jawapannya tidak? Dan jumlah akaun daripada pengeluar cek sebenarnya sudah dipotong terlebih dahulu, tetapi penerima tidak menerima duit malah bank mendiamkan diri. Kes ini berlanjutan sehingga dua bulan dan masih lagi berlanjutan. Bank tersebut tiada jawapan.

Mungkin ada diantara anda yang menafikan kes sebegini dan berkata, “aku tak kena pun”…memangla sebab belum waktunya lagi. Ada bank yang memang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk menggali dan menutup lubang mereka yang telah terbocor sebenarnya.

Di mana kepercayaan kami terhadap bank selepas ini dek kerana terdapat bank yang penipu besar terhadap pelanggannya.

Ada juga kes di mana bank yang tidak bertanggungawab ini memotong sesuka hati duit dalam akaun seseorang pelanggannya tanpa berunding terlebih dahulu. Konon-konon untuk membuat kerja pantas…tetapi sebenarnya menonjolkan kebodohan dan kelemahan bank tersebut.

Pada anda yang memang percaya 100% pada bank baik perhatikan semula penyata akaun peribadi ataupun syarikat anda kerana ada bank penipu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: