Kolesterol bukan gemuk

July 17, 2008

Masalah kekurangan dan berlebihan berat badan sememangnya menjadi masalah segelintir orang diantara kita. Namun demikian hal ini bukanla menjadi isu yang besar jika ia tidak  membabitkan masalah kesihatan seseorang.

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah kesihatan anda. Terutamanya jantung anda, ini kerana jantung merupakan organ utama yang berfungsi mengepam aliran darah keseluruh tubuh badan.Tanpa jantung sudah tentu kita tidak bernyawa, namun ada dikalangan kita yang meneruskan hidup dengan menggunakan jantung bateri.

Hal masalah jantung banyak faktornya, tetapi bila melibatkan isu kolesterol, ramai orang pasti tersalah anggap. Sebut kolesterol, kebanyakan antara kita terfikir orang-orang yang berbadan gemuk sahaja, padahal kalau kurus kerempeng pun tidak mustahil boleh kena kolesterol.

Kolesterol adalah lemak tepu yang tersembunyi di dalam saluran arteri darah kita akibat hasil daripada pemakanan dan gaya hidup yang suka mengambil tidak endah dengan aktiviti seharian. Itu sebabnya kenapa kita kena pergi melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berjoging, berenang dan sebagainya, bukan sekadar nak kuruskan badan, tetapi untuk membenarkan aliran darah berjalan dengan lancar. 

Memang nampak biasa, tetapi kesan daripada tidak menjaga jantung anda di peringkat awal akan menyebabkan peratus untuk mendapat penyakit seperti serangan jantung, strok, sakit dada, darah tinggi dan buah pinggang adalah amat tinggi.

Kalau ada diantara kita yang tidak kisah dengan segala penyakit berikut, biarkan sahaja jantung anda dicemari dengan makanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kalau sayang, peliharala sehingga yang kita mampu.

Namun demikian, anna ada beberapa tip yang boleh kita kongsi bersama selain melakukan aktiviti bersukan.

*Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.

*Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim atau mentega ke dalam makanan anda.

*Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk dimakan

*Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging

*Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik kacau-goreng.

*Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

*Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.

Marilah bersama-sama menjaga kesihatan jantung masing-masing demi menghasilkan interaksi sosial yang sihat dari aspek fizikal dan mental,kerana jangan jadikan masalah yang kita hadapi sekarang berterusan ke keturunan kita dan akibatnya rakyat di Malaysia akan menjadi lebih mundur dari aspek gaya hidup berbanding sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: