Bosannya…

July 18, 2008

Kadang-kadang bila di pejabat, walaupun ada kerja yang menimbun, tetapi masih berasa bosan. Adakalanya anna akan duduk mengadap PC dan mula berangan seperti Mat jening versi perempuan zaman moden.

Tarikh tamat tempoh untuk menyiapkan kerja makin suntuk, tapi malas nak buat kerja, antara sebabnya sukar untuk dikesan. Dalam kepala otak ni asyik memikirkan balik ni jem tak? nak makan apa malam nanti? dan sebagainya.

Jika nak diambil kira, sudah makan tengahari bersama kawan-kawan pejabat. Nak pergi tandas dah pergi. Nak menaip sekarang ini pun tengah taip blog. Apa lagi? Dah jadi malas nak kerja ke aku ni? Kalau ramai pekerja macam ini pasti sesebuah syarikat itu akan merosot disiplinnya. Jadi aku perlu profesional.

Tapi, mungkinkah ini adalah faktor kesan kenaikan harga barang. Setiap hari anna akan bertolak pergi bekerja dari KL (dekat jalan duta) ke Shah Alam (Seksyen 7) dengan melalui sebanyak 3 tol pergi dan 3 tol balik dengan membawa kenderaan berCCkan 2.0

Biasanya minyak kereta boleh bertahan sebanyak RM120 dalam masa seminggu untuk ulang-alik ini. Tol pergi balik RM1.60×4 + RM1.10×2 x 5 hari = RM43. Maknanya semua anggaran kos pergi dan balik kerja sebelum ini sama dengan RM700 dalam masa sebulan. 

Ini betul-betul membosankan sebab habiskan duit ke situ.

Semenjak minyak naik, lagi parah rupanya anna sebab kos RM700 sebulan kini mencecah RM800. Ini anggaran bersih tanpa duit makan dan minum lagi. Agaknya anna berbelanja sejumlah RM1000 untuk kos bekerja sahaja. Ini bukannya menguntungkan atau boleh simpan duit dah, sekadar nak lepaskan bebanan membayar hutang dan menampung kos sara hidup sahaja.

Itulah pasal, bila duduk termenung memikirkan perancangan dari semasa ke semasa, anna sering bertanya kerja ini untuk apa ek? kenapa tak cari tempat yang lebih dekat dengan rumah ataupun rumah pindah? Adakah kerana minat ataupun gaji lebih lumayan?

Semuanya nak kena fikirkan. Lalu membuatkan anna jadi malas pula hari ini untuk fikir. Kebanyakan kawan-kawan di pejabat pun ada yang mengalami masalah yang sedemikian. Tapi tak tahula bagaimana mereka mengendalikan hal masing-masing sebab hal ini melibatkan mood harian mereka.

Walau apa pun anna masih bersyukur kerana ada pekerjaan berbanding tak kerja dan menggangur seperti masalah kebanyakan yang dah ada sekarang. Biarla susah-susah sikit tapi insha allah jika ikhlas akan menerima keberkatan yang melimpah ruah daripada maha Pencipta kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: