Mahkota makin hilang…

July 18, 2008

Masalah rambut gugur? Macam mana nak tanganinya ataupun boleh ke rambut yang gugur itu tumbuh semula?

Ada dua sebab penting yang menyebabkan rambut gugur, pertama yang melibatkan hormon badan seseorang dan kedua ialah disebabkan oleh hasil perubatan ataupun pembedahan yang berlaku di bahagian kepala.

Istilah  Anderogenetik alopesia adalah sejenis masalah keguguran rambut yang kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Namun rambut yang gugur sebenarnya mempunyai fasa tersendiri untuk tumbuh kepada yang baru.

Cuma kebanyakan masalah ini akan berlanjutan dan menjadi lebih ketara apabila kita mencecah usia 40-an. Rambut diperbuat daripada protien badan yang juga ditemui pada kuku tangan dan kaki. Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut dikulit kepala akan tumbuh, manakala bakinya dikulit kepala akan berada kekal seperti biasa.

Jangan risau jika rambut gugur kurang daripada 100 helai sehari kerana itu adalah normal bagi kitaran jangka usia rambut. Sebaliknya kalau sudah melebihi dan melampau anda perlu berjumpa dengan doktor segera.

Punca yang biasa kita dengari berkenaan keguguran rambut ini termasuklah penyakit tirod, deman atau jangkitan selsema yang serius, wanita yang lepas melahirkan anak, hormon lelaki, usia makin meningkat, dan keturunan.

Kita perlu menjaga pemakanan dengan melebihkan makanan berkhasiat dan cuci rambut jangan terlalu kasar kerana ia mendorong kepada penguguran rambut.

Bagi yang ada kesan pembedahan dibahagian kepala dan merencatkan pertumbuhan rambut, mereka perlu melakukan beberapa rawatan berkenaan dengan menhidupkan kembali akar rambut yang terganggu akibat suntikan bius dan sebagainya.

Terbaru di India, mereka mencari jalan penyelesaian masalah keguguran rambut dan kepala botak dengan rawatan lintah. Lintah tersebut akan diletakkan diatas kepala yang sudah dibotakkan dan menghisap darah kotor yang termendap di bahagian kepala anda lalu memberi laluan kepada aliran darah dikepala untuk berfungsi seperti biasa. Menurut laporan rangkaian berita di TV, rawatan tersebut terbukti berjaya. 

Anda nak cuba ke? Ataupun ada lagi satu pilihan bagi pertumbuhan rambut ini dengan membuat rawatan akupuncer ditempat-tempat yang diiktiraf dan selamat penggunaannya. Kalau banyak duit pergi sahaja ke pusat rawatan mahal-mahal yang terpampang dipapan-papan iklan. Tapi pasti ke boleh tumbuh dan selamat untuk kesihatan kita kelak?

Anda fikirkanla. Yang pastinya jangan terlalu memikirkan rambut yang gugur itu dengan asyik bertanya kepada kawan-kawan atau orang disekeliling seperti “rambut aku makin botakla kan…” atau “eee..rambut aku nipis, gugur”…anda cuma perlu bersyukur dan ambil tindakan untuk menanganinya.

Banyak kan bersyukur daripada merungut ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: