Aku nak anak…

July 19, 2008

Keputusan untuk mengandung adalah sesuatu perkara yang perlu diambil penting dan memerlukan perancangan yang lebih rapi. Kebanyakan wanita selalu anggapnya mudah dan lebih bersikap tidak endah dan banyakan berserah kepada takdir.

Namun demikian, itulah namanya rezeki, jika sudah di beri tuhan maknanya adalah rezeki kita memperolehi zuriat bagi menyambungkan keturunan, selain daripada itu, kita perlu beriktihar agar pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dapat mengeratkan dan memahami diantara satu sama lain.

Ini kerana ada kes yang suka menyalahkan pasangan masing-masing apabila mereka masih tidak dikurniakan zuriat setelah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun. Lalu si lelaki mula mengatakan isterinya tidak subur dan bosan dengan hal tersebut dan si isteri biasanya tidak mengambil tindakan tertentu kerana risau akan mencabar kewibawaan suaminya sebagai seorang lelaki.

Anna pernah membuat liputan yang berkaitan dengan proses kehamilan seseorang ini. Untuk menjadikan satu nyawa lagi tidaklah semudah itu. Kita kena tengok beberapa perspektif dari aspek pasangan tersebut, keturunan, gaya hidup dan pemakanan dan sebagainya.

Bagi wanita yang memang ada merancang dan berhasrat untuk mendapatkan anak, anda perlu mengetahui tempoh subur di mana waktu yang paling sesuai untuk bersetubuh kerana proses pengeluaran benih wanita akan aktif pada waktu itu.

Secara normalnya kesuburan wanita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun, namun di Malaysia ini, risiko untuk mengandung dan melahirkan anak di nasihatkan oleh para pakar supaya diadakan sebelum umur berusia 38 tahun.

Wanita dan lelaki perlu menjaga kesihatan bagi mendapat hasil benih yang sihat. Seperti wanita, jika ingin menguatkan rahim ketika merancang kehamilan, tolong makan makanan yang bernutrisi tinggi dan elakkan pengambilan kafein seperti kopi, teh, minuman karbonat, tinggi pewarna, makan jamu-jamu yang boleh memanaskan badan kerana ia boleh memusnahkan sel-sel sperma yang sedang aktif.

Paling penting, bagi pasangan yang baru berkahwin pula, jangan tergopoh-gapah dan risau tentang kenapa masih tidak ada hasil walaupun sudah berbulan berkahwin. Ini normal, kehamilan akan terjadi mengikut diri masing-masing. Bukannya semua orang sama. Ada yang bunting pelamin, dan ada pula kena tunggu sehingga berbulan atau bertahun selepas itu. Ini kerana kadang-kadang bila baru berkahwin, kesesuai hormon si lelaki dan wanita masih belum serasi dan perlu memberi peluang diatas hal tersebut.

Apa-apahal pun jangan cuba menyalahkan dan mencari alasan untuk menuduh diantara satu sama lain. Bekerjasama penting. Agak-agak sudah buntu, minta nasihat pakar perubatan yang boleh dipercayai selain mendengar petua-petua daripada orang-orang lama. Jangan memandai-mandai mengambil perubatan alternatif yang entah mana datangnya pembuatan tersebut, kerana ia boleh mengundang kepada risiko yang lebih besar seperti pertumbuhan rumah kanser dalam badan anda.

Pengetahuan tentang kehamilan haruslah diambil berat. Jangan mudah terpedaya dah gelojoh dengan desakan untuk memperolehi anak. Insha allah ada rezeki pada anda yang mengimpikannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: