Biji Habbatus Sauda’

July 22, 2008

Ada seorang sahabat di pejabat yang baik hati dan telah memberi anna sedikit biji habbatus sauda’. Pada mulanya anna agak jakun dan bertanya ‘apa ke bendenya tadi? Batu sauda? Kawan tersebut terketawa kecil terhadap anna.

Katanya, ada sahabatnya yang belajar di tanah yemen dan pulang bercuti untuk menziarah ahli keluarga di Malaysia lalu dia telah mengirim beberapa barang makanan yang sukar untuk diperolehi di sini. katanya lagi, kalau ada pun mungkin sudah di ubahsuai.

“Habbatus sauda, mengandungi pelbagai ubat bagi segala penyakit” kecuali mati. Diperolehi daripada sejenis tumbuhan yang terdapat dikawasan yang beriklim mediterranean dan gurun. Mengikut hasil kajian dan fakta yang terdapat di dalam kitab al-quran, insha allah ia mampu memelihara dan memulihkan kesihatan tubuh badan kita seperti berikut :

  • batu karang, bengkak buah pinggang.
  • melancarkan keluarnya kencing.
  • melancarkan darah haid.
  • melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • masalah angin ahmar – lumpuh sebelah  badan.
  • mengeluarkan angin dari perut.
  • menambahkan ghairah seks.
  • mati pucuk,  kurang ransangan seks.
  • masalah dalaman wanita – fibroid, keputihan, sembelit.
  • masalah penafasan – astma, batuk berkahak, bronkitis.
  • masalah peredaran darah – anemia, darah tinggi / rendah.
  • masalah mental – meningkatkan kecergasan minda.
  • masalah tulang / sendi – gaut, arthritis dan reumatima.
  • kencing manis, alergi, migrain, sakit dada.

Tambahan kata sahabat ini lagi, kelebihan herba Habbatus sauda ini terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan antaranya termasuklah :

1. Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukjari.

2. “Sesungguhnya, Habbatu sauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: Apakah as-sam itu? “Baginda menjawab : ‘As-sam iaitu maut!” (Riwayat Bukhari)

3. “Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

Sejauhmana keberkesanannya anna belum cuba, kata sahabat ni lagi, cara penggunaan biji habbatus sauda boleh di sekalikan dalam makanan kita dengan secubit rasa.

Marilah bersama-sama menjaga kesihatan, demi keturunan kita kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: