Kenapa marah-marah?

July 23, 2008

Marah. Kebanyakan orang ada perasaan marah mengikut keadaan masing-masing. Namun demikian, sejauh mana istilah marah yang kita tahu?

Hakikat marah terbahagi kepada marah  terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak, ataupun untuk orang yang dizalimi adalah perlu ada pada setiap orang. Namun jika marah tersebut datangnya daripada sifat syaitan yang dikeji hendaklah kita amat jauhinya.

Ini kerana sifat marah yang menjadi-jadi boleh membawa kita ke perkara yang lebih menyusahkan dan merugikan diri sendiri. Marah juga boleh membunuh. Bukan sekadar jasad, malah jiwa dan minda kita.

Ada juga orang kalau marah simpan dalam hati dan bila tiba masanya ia akan meletup seperti bom nuklear dan akan merebak melalui udara yang mengandungi radioaktif. Maksudnya bila dah lepaskan marah mulalah mengungkit perkara-perkara yang tidak patut dan mengaibkan orang yang kita marah.

Adakah anda puas dengan cara sebegitu? Atau selesaikah masalah anda? Bila marah jangan diikutkan sangat, lalu mulalah anda akan bersifat resah dan menjadi tidak terkawal. Apa yang akan berlaku seterusnya?

 

  • Degupan jantung meningkat 

     

  • Tekanan darah meningkat  
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek  
  • Mengalami ketegangan otot-otot  
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

 

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda 

     

  • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan  
  • Kendurkan atau legakan otot-otot anda  
  • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina  
  • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya  
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah  
  • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda 

Jadi kurangkan marah-marah, lebih banyak kan beristifar dan sesuaikan kata-kata dan keadaan anda dengan perkara yang sedang berlaku, lalu jika nak marah juga biarlah disekalikan dengan ilmu pengetahuan yang mampu menampakan anda marah dengan bijak.

3 Responses to “Kenapa marah-marah?”

  1. JR Says:

    aitt.. ko marah marah ke?? don’t lah get angry easily.. let’s just ignore the others…. btw, mcm blog aku dah bunyi nya blog kau niii hahahaha

  2. Rohazli Abd Rashid Says:

    ana..cool down..know the pain that u goin through that day…bl*** h*** banker with no manners!!!…ait…aku lak yg marah…

    but, its come to the point macam kita ckp kt Haruman tadi, its actually the person working there do something stupid..not the bank itself…

    Sama macam seorang lelaki yg menghancurkan perasaan wanita..kita takleh cakap yg semua lelaki macam tu…maybe lelaki yg specific itu saja yg bengong…ait..melalut lak…btw..happy blogging…nanti kita share more ideas…

  3. rohazli Says:

    ana, kalau ader mase…melawat la kita kat rohazli.wordpress.com

    tqs


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: