Kahwin kerana apa?

July 24, 2008

Pasti ramai antara kita masih teragak-agak dan memikirkan adakah pasangan kekasih yang sudah sedia ada bersesuaian dengan kita?

Kalau yang belum kahwin mesti tertanya pada diri sendiri “sesuai ke aku ngan dia?”, “boleh pegi jauh ke aku ngan dia?”, “boleh ke?” dan sebagainya.

Kalau dah kahwin “kenapala aku kahwin dengan dia agaknya?”, “sejauhmana boleh bertahan agaknya?”, “Agak-agak aku kahwin dengan orang yang tepat ke?” dan sebagainya.

Untuk memulakan topik ini anna akan fokuskan kepada lingkungan umur antara 23 ke 38. Baik perempuan ataupun lelaki terutamanya yang berniat ingin melangsungkan perkahwinan.

Ada seorang sahabat bertanya, “Apakah perasaan setelah berkahwin agaknya?” Lalu jawab seorang wanita yang telah berkahwin, “best…susah nak digambarkan”. Setelah itu sahabat tersebut meneruskan soalan kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin pula, “Apa rasa dah kahwin bang?”, Lelaki tersebut pun menjawab, “ko nak tahu kahwinla dulu…lain…”. Sahabat yang sebenarnya seorang perempuan tadi mula merasa bingung dengan jawapan yang diberi oleh dua orang yang berbeza. Namun akhirnya sahabat tadi menganggap perkahwinan ini sesuatu yang berat untuk difikirkan, tambahan pula memerlukan penggunaan wang yang banyak. Oleh itu niatnya untuk berkahwin tertangguh dan orang yang melamarnya pula hampir putus asa untuk mengajak si sahabat berkahwin. Kemudian mulalah era di mana semua orang yang ada bercita-cita untuk berkahwin tertangguh sehingga berhari-hari kemudian berbulan dan makan bertahun. Alasan yang biasa didengari ialah tiada jodoh.

Bila dah ada niat dan mengambil keputusan untuk berkahwin, jangan sesekali melewat-lewatkannya. Ini kerana isu kahwin bukan sekadar terletak kepada kisah cinta, wang, keluarga dan sebagainya tetapi ia juga penentu untuk kita menghasilkan zuriat yang berketurunan kelak.

Bila sudah nak kahwin tanya diri sendiri dulu, kahwin kerana apa? Kerana cinta? Kerana hubungan sex? kerana ibu bapa paksa? kerana terdesak? ataupun rasanya yang lebih munasabah ialah nak anak?

Memang banyak sebab, tapi fikir yang mana satu lebih penting daripada yang banyak, oleh yang demikian anda akan tahu matlamat utama sebenar kahwin. Bukan sekadar mengadakan majlis yang mewah dan wang hantaran yang tinggi tapi kerana apa kita perlu pasangan untuk berkahwin.

Saat yang paling tekanan ialah bila nak kahwin, macam-macam petua mula datang dengan pelbagai adat yang perlu dilakukan. Bila nak berkahwin fokus apa yang kita perlukan. Bukan sekadar cinta malah kita kena hidup dengan keluarga pasangan kita kelak. Ibu dan bapa mertua perlu dianggap juga seperti ibu dan bapa kita. Demikian, pasti rumahtangga anda lebih diredhai.

Boleh juga bila dah kahwin abaikan semua keluarga disekeliling, namun demikianla anda dan keluarga akan berasa lebih sunyi dan kesepian kerana seolah-olah pentingkan diri sendiri.

Kahwin adalah satu ikatan yang sukar untuk digambarkan. Kadang-kadang ia bukan sekadar sayang dan cinta, malah ia sepatutnya menjadi hubungan yang melengkapi diantara individu tersebut. Bila orang cakap “kau kena bersedia untuk berkahwin” bukan bersedia sekadar duit, tapi cabaran dari aspek fizikal, mental, rohani, komunikasi dan sebagainya.

Jadi, bila terfikir untuk mendiri kan rumah tangga teruskanla sebab tiada ruginya jika anda tahu apa matlamat anda untuk berkahwin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: