Siapa yang playgirl sebenarnya?

July 24, 2008

Bila sebut playgirl pasti dikaitan dengan perempuan yang suka mainkan hati orang dan mengambil mudah dalam sesuatu perhubungan percintaan.

Betul ke macam tu? Atau mungkin mereka yang playgirl ni memang ada tujuan tertentu untuk mengecewakan seseorang.

Terdapat sebuah kisah di mana seorang gadis yang bernama sara (nama samaran), sering dianggap playgirl oleh rakan sepejabatnya termasukla sahabat-sahabat yang rapat dengannya. Sebabnya, dia sering dilihat bertukar-tukar pasangan kekasih tanpa berasa bersalah dan malu. Dia bangga kerana menjadi pujaan kepada kebanyakan lelaki yang mengenalinya. Baginya lelaki adalah sumber inspirasi bagi kejayaannya dalam tugasan yang perlu dilaksanakan.

Pendirian Sara menerangkan yang dia tidak berniat untuk mengoda mana-mana lelaki malah berterima kasih kepada para lelaki tersebut kerana  telah meminatinya dan menghargai apa kelebihan yang dimilikinya, lalu dia beranggapan bahawa para lelaki tersebut perlulah dilayan dengan baik sebagai seorang rakan istimewa.

Lain pula halnya dengan kawan-kawan terapat Sara, mereka mula rasa meluat dan mengata Sara dibelakang sebagai perempuan playgirl. Namun dalam ramai-ramai rakannya itu ada seorang yang bernama Mimi (nama samaran), yang memang mempunyai teman lelaki yang tetap. Kata Mimi, Sara adalah seorang Casanova versi wanita, walaupun tidaklah secantik mana namun Sara suka mendampigi lelaki yang dia inginkan.

Apa yang membezakan Mimi dan Sara ialah; Mimi ada teman lelaki tetap dan hubungan mereka ibarat pasangan suami isteri yang belum diijab kabulkan, Mimi kononnya setia, Mimi seorang wanita yang benar-benar cantik, Mimi akan pastikan pasangannya memang berduit supaya memudahkan segala kos perbelanjaan kecantikan dan sebagainya, Mimi kurang pendirian dalam sesuatu perkara kerana dia akan berasaskan semula kepada keinginannya yang sementara.

Berpatah balik kepada Sara; Sara seorang yang memang tiada pasangan yang tetap kerana beranggapan belum lagi ada ikatan yang mengatakan dia adalah hak seseorang lelaki, Sara tidak setia, Sara ada daya tarikan tersendiri kerana suka tersenyum, Sara tidak kisah status lelaki yang menjadi rakannya asalkan niatnya boleh diterima, Sara berprinsip supaya menjaga diri dan mengetahui apa yang diinginkan.

Berdasarkan perbezaan ini, terbukti Sara memang tidak jujur dan berpotensi sebagai seorang playgirl. Namun adakah dia jahat?

Setelah beberapa tahun berlalu, kini Mimi sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki yang amat disayanginya dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Sara masih mencari lelaki yang sesuai dengannya. Sara tumpang gembira kerana Mimi dan pasangannya berkahwin tetapi kisah perkahwinan Mimi tidaklah seindah seperti kebanyakan orang yang berkahwin kerana Mimi terpaksa berkahwin setelah terlanjur sehingga akibat perbuatan dia dan pasangannya. Namun itu adalah salah satu pengajaran untuk Sara supaya lebih berhati-hati dalam bermain cinta.

Mimi akhirnya bercerai dengan suaminya dan memperolehi hak penjagaan penuh terhadap anaknya. Mimi bosan dengan kehidupan berkahwin ditambah dengan gaya hidup yang terpaksa berubah secara drastik. Semua rakan-rakan tidak menerimanya sebagai khabar yang menggembirakan, termasuklah Sara.

Sara yang dianggap playgirl oleh rakan-rakan disekeliling telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka yang bukanla dicintai sepenuhnya kerana dia masih lagi melayan para lelaki yang meminatinya. Hari makin berlalu, majlis penikahan Sara telah berlangsung, Sara kini bergelar isteri orang dan lelaki-lelaki yang meminatinya tadi…masih ada yang menunggu Sara.

Waktu makin berlalu, tahun demi tahun, Mimi sering berkongsi rasanya dengan Sara, dia ingin mempelajari ilmu berkawan ramai dengan lelaki kerana dia kini bergelar janda yang kesunyian. Kesian Mimi. Sara amat bersyukur kerana dia masih hidup bahagia bersama suami dan keluarganya, walaupun kadang-kala terdapat pelbagai isu dan masalah namun itulah yang digelar sebagai asam garam hidup berumahtangga.

Mimi sentiasa mengeluh dan asyik mengungkit, “Sara, kau kan playgirl paling hebat, kau memang tak jujur, aku ni jujur sangat…ajarla aku macam mana nak handle 3 lelaki dalam satu masa yang sama, aku dalam masalah ni…macam mana nak larikan diri?” Sara yang terkejut dengan kata-kata tersebut, sedih kerana rupanya selama ini kawannya beranggapan dia sebegitu. Namun Sara hanya mengatakan ayat yang mudah difahami untuk Mimi ” Kau ni janganla senang sangat…masa aku berkawan dengan lelaki-lelaki dulu aku bukannya menjanjikan apa-apa, aku tak komited nak melakukan sebarang perkara diluar jangkaan, aku masih jual mahal, aku cuma seronok berkawan, samala juga dengan mereka, walaupun mereka semua meminati aku tapi mereka hormat dengan pendirian aku. Aku playgirl ke? kalau ye pun…aku rasa apa yang kau dah lakukan ni lebih daripada jangkauan sebagai seorang playgirl.” Mimi malu dan akur dengan kata-kata Sara. Dia memang semudah itu untuk menyerahkan segalanya kepada lelaki-lelaki yang berkawan dengannya sebelum ini dan antara punca perpisahan Mimi dan suaminya adalah kerana ini.

Agak lama Mimi tidak menghubungi Sara semenjak kejadian tersebut. Akhirnya mereka terserempak di sebuah pusat membeli belah dan Sara terkejut dengan perubahan drastik yang dilakukan oleh Mimi kerana dia lebih menutup auratnya dengan memakai tudung di kepala dan bersuamikan seorang lelaki yang agak berilmu agama.

Syukur. Semuanya kembali bagus dan Sara masih lagi bahagia bersama keluargannya.

2 Responses to “Siapa yang playgirl sebenarnya?”

  1. JR Says:

    Anna.. aku sayang kau!!!! The story is remind me to someone..

  2. anna Says:

    hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: