Air Mata : Kecewa

July 25, 2008

Untuk siapa air mata ini?  Untuk diri ku sendiri. Kenapa perlu menitiskannya? Kerana aku kecewa. Kenapa kecewa? Kecewa kerana mempunyai angan-angan dan cita-cita yang lebih tinggi serta mengharapkannya menjadi nyata dan tidak boleh menerima sebarang kata mustahil.

Sukar untuk memahami situasi seseorang yang sedang berlinangan dengan air mata, lalu kita akan bertanya, “kenapa?”… namun sebaliknya jawapan akan lebih mudah jika kita mengetahui sesuatu perkara tersebut.

Terdapat sebuah cerita di mana seorang gadis yang bekerja sebagai pelukis dan dia menganggap lukisan merupakan salah sebahagian daripada kisah hidupnya yang perlu di senikan.

Selain di bilik galeri di rumahnya, dia tidak pernah memaparkan lukisan-lukisan tersebut di merata tempat. Dia amat mencintai lukisan yang dihasilkannya dan sentiasa berangan jika dia akan menjadi seorang pelukis yang terkenal kelak. Ini adalah demi diri sendiri dan membanggakan kedua ibu bapanya dengan mengharap mereka rasa berbaloi mempunyai anak sedemikian.

Dia yang merupakan anak sulung daripada lima beradik masih menunggu peluang tersebut. Bapanya pula adalah seorang yang bersikap tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dilakukan olehnya malah sering menghentam dia kembali apabila dia mengadu sesuatu masalah.

Dia sering rasa tercabar dengan sikap ayahnya sehingga satu masa dia telah membawa lukisannya ke sebuah galeri lukisan untuk dipamerkan dan dijual kepada pembeli. Hajatnya tadi tidak kesampaian kerana dia memerlukan seorang penaja untuk mempamerkan lukisan tersebut dahulu. Lalu dia pun berusaha ke arah mencari penaja.

Nasibnya baik, kerana akhirnya dia berpeluang dengan mendapat tajaan daripada salah seorang ayah kepada kawannya yang memang banyak duit. Dia kembali gembira dan khabar ini dihebohkan ke seluruh ahli keluarganya.

Bapanya masih tidak menonjolkan sebarang kebanggaan terhadapnya. Dia rasa tertekan dan lebih tercabar lalu kecewa dengan situasi tersebut. Namun pameran yang berlangsung masih diteruskan. Dia merasakan inilah satu peluang di mana dia boleh melonjak kan namanya dalam bidang seni lukisan. Dan dia berfikiran lebih jauh di luar jangkaannya.

Tiba-tiba dia menerima satu panggilan telefon daripada orang di galeri dan mengatakan lukisan yang hendak dipamerkan tidak mengikuti standart galeri tersebut. Dia hairan, kenapa banyak sangat alasan tempat galeri ini untuk mempamerkan lukisan dia. Dia menjawab dengan perasaan bingung, “kenapa encik tak bagi tahu awal-awal, supaya saya senang nak buat sesuatu, ini saya dah dapatkan penaja dan duit sudah dikeluarkan bagi proses melukis…” pihak galeri menjawab dengan nada sinis lalu tiada sembarang komen yang mampu memuaskan hatinya. Perbualan tersebut termati setakat itu sahaja.

Dia kecewa, tambahan penaja telah mengeluarkan sejumlah wang bagi proses pameran lukisannya. Dia mendiamkan hal tersebut dan kecewa dan masih lagi kecewa. Lalu dia mula beranggapan bahawa dia tidak lah sehebat mana dalam seni lukisan ini.

Dia bersendirian…walaupun kawan-kawan disekeliling mengetahuinya tetapi perasaan kecewa dengan angan-angan dan cita-citanya sukar untuk difahami kerana pengalaman dia tidak berlaku terhadap mereka. Dia masih bersendirian untuk menitiskan air mata. Mungkin untuk jangkamasa yang sementara namun fobia kepada kejadian yang menimpa menyebabkan dia lebih banyak terdiam.

Inilah antara kenapa ada air mata yang perlu dititiskan. Kerana kecewa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: