Masa : Pulihkan cinta mengarut

July 26, 2008

Cinta? Betul ke cinta tu wujud? Ke cinta tu hanya wujud mengikut keadaan seseorang. Apa kata kita fokuskan kisah cinta pada pasangan kekasih.

Sejauhmana yang dikatakan cinta? Adakah dengan kata-kata romantik? atau pemberian hadiah tak semena-mena? atau menyakiti diri antara satu sama lain? Susah kan kisah cinta ni. Tambahan lagi tafsiran terhadap cinta kepada kekasih kita.

Kisah sebuah percintaan yang dianggap lengkap tanpa cacat cela sering menjadi idaman kepada semua orang. Bila kita mengalami masalah, kadang-kadang kita lupa yang orang lain pun ada masalah cuma yang membezakannya ialah bagaimana cara masing-masing menanginya. Jadi bila mengalami masalah percintaan jangan terus putus asa, tetapi carilah sesuatu perkara yang lebih bermanfaat kerana ini semua akan dipulihkan melalui masa.

Terdapat sebuah kisah di mana sepasang kekasih yang telah merancang menuju kemuncak cintanya dengan melangsungkan perkahwinan. Seorang jejaka yang bernama Sham (nama samaran)  telah bertunang dengan wanitanya, Zeti (nama samaran) semenjak setahun lalu. Kini, sudah tiba masanya untuk mereka menguruskan hal perkahwinan.

Kisah cinta mereka sering menjadi idaman kepada kebanyakan rakan-rakan di sekeliling kerana Sham merupakan seorang lelaki yang amat mengambil berat, romantik, pandai melayan kehendak wanita, mempunyai rupa paras yang menarik, pekerjaan yang stabil dan sebagainya.

Begitu juga pada Zeti, dia seorang wanita yang bekerjaya, bijak, cantik, baik, terpelihara bersama keluarganya dan sebagainya.

Tinggal dua bulan sahaja lagi untuk mereka menguruskan hal-hal perkahwinan, namun nak dijadikan cerita setiap pasangan bercinta pasti mempunyai tahap cemburu masing-masing. Zeti yang sememangnya seorang yang jujur kadang-kala mendapat tekanan daripada sham kerana sham terlalu mengongkong kegiatan yang dilakukan oleh Zeti. Contohnya, setiap kali aktiviti Zeti perlu diberitahu kepada Sham. Itu okla juga, lebih teruk lagi ialah jika Zeti meluangkan masa bersama-sama sahabat-sahabatnya, Sham akan mula menjadi lebih peranoid dengan mengintip Zeti.

Lalu bermulala era di mana tiada kepercayaan dalam kisah cinta mereka. Pelbagai perkara yang terjadi dalam kisah cinta mereka. Tetapi dapat ditangani dengan bijak oleh mereka berdua.

Kadang-kala terlintas di fikiran Zeti, “Perlukah aku menerima lelaki ini sebagai suamiku kelak”. Termasuk jugala Sham,”Aku cinta dia…tapi…”. Inikah bukti cinta? Masih ragu-ragu?

Inilah permulaan kisah cinta Sham dan Zeti. Tinggal dua bulan lagi akan melangsungkan perkahwinan setelah setahun setengah bertunang dan selama 4 tahun berkenalan.

Zeti ditugaskan bekerja di Sabah selama seminggu. Dalam masa yang sama Sham memberitahu Zeti yang dia perlu pergi ke Langkawi selama sebulan atas tugasan kerja juga. Mereka melaksanakan tugasan masing-masing.

Suatu malam yang penuh kesunyian, Zeti telah di hubungi oleh seorang gadis yang ingin bercakap dengan Sham. Zeti tidak berasa pelik dengan panggilan tersebut kerana Zeti telah mengaktifkan panggilan daripada telifon bimbit Sham ke telifonnya. Ini akibat tidak mempercayai antara satu sama lain. Gadis yang membuat panggilan tadi berasa pelik, “kenapa orang perempuan yang cakap?”. Zeti bertanya, “awak siapa? Sham tiada di sini”. Gadis itu meneruskan perbualan, “saya girlfriend Sham, dari semalam saya cari dia, mana dia pergi ya?” Zeti yang mengigil dengan kenyataan tersebut menahan dirinya seolah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Perbualan tersebut terus berlangsung sehinggala gadis tersebut mengetahui bahawa Zeti adalah tunang kepada Sham dan mereka bakal melangsungkan perkawinan dalam masa sebulan lagi.

Gadis tersebut kecewa dan berasa tertipu, tambahan mereka telah melakukan hubungan yang lebih daripada sekadar teman biasa. Mereka telah tidur bersama. Zeti sudah tidak memperdulikan hal disekelilingnya. Terkedu dan terasa seperti hendak menjerit dan tak sabar untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Tapi dia bersyukur kerana ada rakan-rakan disekeliling yang memberi sokongan  dan mententeramkan jiwanya yang sedang dipunahkan.

Hari berlalu, Zeti telah pulang daripada tugasan di Sabah. Sham masih tidak tahu yang sebenarnya Zeti tahu perbuatannya. Zeti bertemu sahabat yang benar-benar rapat dengannya, iaitu Isha (nama samaran) bagi meneruskan rancangan untuk meninggalkan Sham.

Isha memberi pandangan, “jika kau kisah, tinggalkan sahaja Sham walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa perkara kelak, kerana ini adalah hidup kau. Kalau kau malu dan ingin menutup keaiban tersebut lalu ambil la masa untuk memaafkannya dan perbaiki hubungan yang melibatkan seluruh nama keluarga.

Zeti mengambil keputusan meninggalkannya. Sementara Zeti menghadapi kenyataan ini, Sham pula dalam perjalanan pulang daripada Langkawi. Sham memang pandai menambat hati perempuan, dia membeli pelbagai barangan istimewa seperti minyak wangi dan beberapa hadiah yang akan diberikan pada Zeti nanti.

Sedang Sham tiba di ibu kota Kuala Lumpur, dia terus mendapat kan Zeti dengan pergi ke rumah ibu bapa Zeti. Tiba-tiba Sham pelik, kenapa zeti tidak menjawab panggilan dan menyambut kehadirannya. Sham bingung. Sham menghantar pesanan telifon, “kenapa you tak balas setiap panggilan i? i ada banyak hadiah istimewa untuk u.”

Zeti kembali terus menelifonnya dengan penuh sabar dan tenteram, “hi, you sihat? Sorry i sibuk. I ada banyak kerja. Eh, betul ke you ada skandal dengan perempuan lain? it’s ok i just nak dengar penjelasan you.” Topik tersebut menjadi perbualan mereka sepanjang hari di dalam telifon. Dan akhirnya, memang benar Sham telah melakukan perbuatan tersebut dengan alasan ingin menikmati saat-saat akhir zaman bujangnya sebelum berkahwin disamping rasa apa salahnya.

Zeti membayangkan yang Sham sebenarnya gila agaknya. Sham langsung tidak memohon maaf atas kejadian tersebut dan berbuat seperti biasa. Zeti kecewa, sian Zeti. Akhirnya mereka langsung tidak berjumpa. Zeti tidak membalas setiap pesanan, panggilan, desak kan daripada sham walaupun dia amat menyintai Sham. Sham, masih berlaku seperti tidak bersalah dengan asyik mengaku, “Aku cintakan kau Zeti”.

Kisah ini masih berlanjutan. Zeti kecewa dengan kisah cintanya dan Sham ingat cinta boleh di beli dengan kata-kata dan taburan hadiah.

Bersambung…

2 Responses to “Masa : Pulihkan cinta mengarut”

  1. JR Says:

    jauhkan makhluk seperti lelaki itu…..

  2. anna Says:

    bukan sekadar jauhkan makhluk sedemikian, tapi kita perlu tembak lelaki tersebut…hahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: