Menu ikan salmon & nasi mayonis

July 27, 2008

Sejauhmana kebuntuan anda untuk menikmati hidangan makanan setiap hari? Ada yang sudah bosan dan tak tahu nak makan apa lagi dengan menu hidangan setiap hari. Lalu ada pula antara kita yang mula mengambil makanan ringan dan segera sebagai alternatif kepada nafsu makan tersebut. Oleh itu, ramai yang lupa bahawa makanan ringan dan segera lebih tidak elok jika diamalkan selalu. Ini kerana selain mengandungi kandungan kalori yang tinggi makanan ringan juga menyebabkan kita mudah untuk menghidap pelbagai penyakit yang tidak disangka-sangka kelak.

Kita perlu ambil tahu tentang pengambilan makanan ini sebab di Amerika Syarikat pun mereka telah mengawal produk penjualan makanan ringan dan segera akibat prestasi kesihatan sosial mereka makin menurun.

Kandungan asid lemak Omega-3 pada minyak ikan ini berfaedah untuk membantu merembeskan Asid Elcosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA) dalam tubuh kita. EPA dan DHA diperoleh daripada asid lemak Omega-3 dan membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, melawan inflamasi dan pelbagai penyakit lain.

Sebilangan besar penyelidikan perubatan mendapati minyak ikan melindungi jantung dan sistem kardiovaskular. Ia mengurangkan masalah aterosklerosis, angina, serangan jantung, strok dan penyakit vaskular periferal dengan mengekalkan kekenyalan dinding arteri, mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan ritma denyutan jantung.

Jadi, untuk anda yang memang bosan dengan menu seharian anda apa kata kita cuba satu menu yang bakal di promot kan oleh anna hari ini.

Hidangan Ikan salmon dengan nasi mayonis.

Bila pergi pasar dan tak tahu nak beli ikan apa lagi, apa kata cuba beli ikan salmon. Warna ikan ni oren ke merah-merahan. Harganya pula bergantung kepada tempat dan berapa kilo yang anda ambil. Kalau tak silap 100g sama dengan RM4.50. Tak rugi jika anda beli ikan ini kerana ia penuh dengan khasiat yang sama dengan khasiat kapsul ataupun pil minyak-minyak ikan.

 

https://i0.wp.com/www.carnitech.com/Files/Billeder/Salmon/salmon_home.jpg

Jangan ingat jika anda ambil kapsul ataupun pil-pil minyak ikan akan jadi lebih sihat. Ini kerana setiap vitamin sampingan yang anda ambil memerlukan kuantiti semulajadi yang diperlukan oleh badan kita.

Bila dah sampai rumah dan nak masak ikan ini anda hanya perlu mencuci ikan agar bersih tapi tanpa menggunakan garam ataupun limau kasturi kerana ia boleh memusnahkan khasiat ikan tersebut. Kemudian, biarkan ikan yang dibeli secara asli ini di perapkan bersama dengan lada sulah ataupun lada putih selama 15 minit.

Selesai itu, goreng ikan solmon tersebut sehingga kulitnya kelihatan agak garing. Jangan terlebih goreng. Lebih bagus kalau goreng dengan minyak bunga.

Habis goreng hidangkan dengan nasi yang di gaul sedikit bersama mayonis. Untuk melengkapkan hidangan sediakan bersama timun jepun ataupun sayur brokoli yang sudah di rebus.

https://i0.wp.com/i.timeinc.net/recipes/i/recipes/ck/07/10/crusted-salmon-ck-1662863-l.jpg

Sedap…bagus juga ada pilihan makanan untuk hari ini. Cubala di rumah.

2 Responses to “Menu ikan salmon & nasi mayonis”

  1. JR Says:

    huh?? mayonis??? ishhkkk aku AVOID mayonis.. kalori, fattening….. salmon dgn broccoli la baru besttttt

  2. iejah awek melaka Says:

    x leh la cam 2,ikan salmon dah ok,tapi tetibe ade nasi mayonis ish memang tak leh,kalori nasik lagi,mayonis lagi,penyakit2…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: