Mandi bunga

July 28, 2008

Mandi bunga seringkali dikaitkan dengan penyucian diri dan pembersihan badan seseorang daripada segala perkara yang tidak elok dan jika ditimpa sebarang musibah. Hal ini juga sering dipertikaikan dan ada juga orang yang menganggap ianya mengarut kerana percaya kepada aura bunga. Lalu ada yang mengatakan mandi bunga kelihatan seperti sesat dan tidak elok.

Walhal pada masa kini, mandi bunga dianggap bagus untuk kesihatan dalaman selain membersihkan tubuh badan kita. Samalah juga jika anda pergi ke spa-spa ataupun pusat rawatan kesihatan, mereka juga turut mengadakan pakej mandi bunga cuma yang membezakannya jika kita buat sendiri ialah nama gelaran mandi bunga dan kos untuk menjalani aktiviti tersebut.

Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik. Mengapakah kelopak bunga mengasilkan warna-warna tertentu yang boleh dilihat? Dan bagaimana pula warna pada bunga-bungaan akan berubah apabila sampai waktunya?

Kajian mendapati ia adalah disebabkan oleh susunan molekul yang tersusun secara tersendiri selain mempunyai sifat-sifat lain yang boleh dihuraikan.

Di antara sifat penting yang ada pada kelopak bunga ialah kadar keasidan dan kealkalian selain menurut tahap-tahap tenaga yang tertentu. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul-molekul kelopak bunga akan menghasilkan warna kelopak yang berbeza.

Jika dipetik dan dihimpunkan sebanyak 7 jenis warna bunga yang berlainan anda akan dapat melihat perbezaan dan aura bunga tersebut ketika ianya direndam kedalam sebuah baldi yang berisi air sejuk. Ia akan menjadi satu corak warna pelangi yang kita tidak nampak di dalam air cuma kita akan terlihat sebaran minyak yang keluar daripada setiap hasil bunga tersebut. Itulah yang dimaksudkan molekul aura yang terkandung dalam bunga.

Daya ikatan antara molekul yang lemah membolehkan sebarang tindakbalas pengubahan susunan molekul memberikan kesan-kesan perubahan yang amat kompleks di dalam tubuh manusia.

Pabila lengkap proses rendaman bunga tersebut, anda boleh mandikan diri dengan aura ataupun pati minyak yang disebarkan. Lalu aura tersebut akan bertindak balas dengan tubuh badan kita dan menyebabkan sistem anggota badan lebih berasa yakin dan segar. Bukannya guna teknik bomoh-bomoh ataupun kepercayaan mengarut, tetapi kita seharusnya bersyukur dan menghargai sebab adanya hidupan flora yang mampu memberikan kesegeran kepada tubuh badan yang kian kusam dan lemah.

Bila tamat mandi bunga dan badan berasa segar, kita akan lebih berfikiran positif lalu sifat-sifat negatif yang terkandung dalam pemikiran kita akan dihindarkan semata-mata. Ini semua permainan psikologi. Anda perlu cuba.

Apa yang terkandung dalam warna bunga tersebut?

Putih – Kesucian Rohani

Merah Jambu/ Ungu – Kasih sayang/ tumpuan

Biru – Perhubungan/ Komunikasi

Kuning/Oren – Pemikiran/Tenaga

Hijau – Keseimbangan

Merah/Merah hati – Keberanian/ Tuah/ Kemewahan

Hitam – Gabungan/ Istirehat

Bestkan kalau dapat banyak ilmu pengetahuan kan. Cuba-cubala lakukan mandi bunga sebulan sekali, untuk kesihatan tubuh badan. Selamat berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: