Kawan : Gembirakan Aku (nama samaran)

July 30, 2008

Kenapa Perlu kawan? Sejauhmanakah kepentingan berkawan? Memang patut dan perlu untuk kita ada kawan. Sebab kawan la kita tidak kesunyian, kerana kawan tempat kita berahsia, kerana kawan kita gembira, kerana kawan kita kecewa, kerana kawan kita ada aktiviti dan sebagainya.

Namun demikian, hal berkawan bukan sekadar berkongsi dan membantu diantara satu sama lain tetapi lebih menyemarakan semangat kita mengikut kategori kawan yang kita ada.

Paling menyentuh perasaan ialah apabila kita terasa dihargai dalam berkawan sehari-hari. Ini bukannya kisah kawan yang terlalu rapat ataupun seperti isi dan kuku. Tetapi kawan yang tahu cara untuk meninggalkan kesan dan menghargai kita, dan kita akan memperingati diantara satu sama lain seumur hidup.

Inilah kisahku, kawan. Sepanjang 6 tahun mempunyai rakan-rakan sekerja, inilah kali pertama aku    (nama samaran) dilayan seperti orang yang pernah berkawan. Ini adalah majikanku yang ketiga yang pernah aku bekerja untuk jangkamasa yang lama iaitu selama 2 tahun. Dahulu aku sering membawa diriku sendiri dan aku suka dan banyak berkawan tanpa mengira pangkat ataupun usia. Namun, setiap keikhlasan aku menjadi seorang kawan, ia sering dikhianati oleh mereka demi melepaskan diri masing-masing daripada tanggungjawab sebenar.

Malam ini berbeza, hari terakhirku di tempat majikan ketiga ini, aku diraikan di kedai makan dengan hidangan makanan thailand. Biarpun bersederhana, aku tetap gembira dengan lima orang rakan yang membuatkan aku rasa dihargai.

Aku bukanla rapat sangat dengan mereka, sekadar rakan dipejabat. Tapi bila adanya aktiviti seperti malam ini aku mula berfikir karakter yang terdapat antara setiap daripada mereka. Aku gembira.

Nina (nama samaran) seorang yang bersikap comel, manja dan merendah diri, memang seolah-olah menjadi ketua bagi aktiviti makan-makan ini. “Thanks to you a lots”.

Sofian (nama samaran) seorang yang kelakar dengan lawak spontannya juga merangkap bos aku, memang mempunyai sikap yang mudah disenangi oleh orang disekelilingnya. Dia juga seorang yang sabar dan berfikiran terbuka dalam banyak hal yang dibincangkan. Mungkin dia ni pembantu kepada ketua yang merancang bagi aktiviti ini.

Syed (nama samaran) seorang yang berpewatakan menarik dan berkarisma, memang menjadi penyeri dan tempat aku mencuci mata setiap kali aku melihat dia. hahaha…

Milah (nama samaran) budak praktikal yang aku baru kenal dalam masa beberapa bulan, tetapi amat peramah dan kreatif serta mengambil perhatian dengan rakan-rakan disekeliling. Wa…semoga berjaya.

Dan yang terakhir, sahabatku, Akim (nama samaran) ataupun lelaki misteri sebenarnya banyak yang diketahui olehnya, cuma orang takut nak hampir sebab dia kurang peramah dan lebih serius dalam perbincangan. Tapi dia banyak hafal lagu lama-lama.

Seronok dapat kenal kawan yang tahu hargai orang serba sedikit ini. Lepas ini tak kirala suka ataupun tidak anda semua patut cuba memberi peluang kepada orang disekeliling yang anda jumpa setiap hari untuk berkawan dengan anda. Kadang-kala rakan yang kurang rapat ini lebih membawa makna daripada sahabat yang rapat gila dengan kita. Kerana mereka lebih mengetahui. Selagi hayat dikandung badan berbuat baikla antara satu sama lain supaya kita lebih rasa dihargai kelak.

2 Responses to “Kawan : Gembirakan Aku (nama samaran)”


  1. tiada lagi senyuman penuh makna, tiada lagi gurauan penuh tawa, tiada lagi rintihan penuh duka
    terima kasih Puan Salina, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang…eh! meninggalkan nama.
    Tetapi itu bukan bermakna kami nak Puan Salina mati, ingatlah, walau Puan Salina tidak lagi bersama kami, kenangan bersama Puan Salina akan terus abadi.
    Secara peribadi, setiap kali makan tempe, wajah Puan pasti terbayang diingatan!

    p/s: Macam lawaklak nama samaran dalam entry ni eh, hikhikhik

  2. Cik Fieha Nina Says:

    Betullah lawak nama samaran tu…wakaka…anyway, thanks Puan Salina ,sepanjang kehadiranmu ,menceriakan lagi hidupku. Ibarat teman ketawa dan teman berduka ,kehilanganmu ,tiada gantinya…

    Cek Mek Molek pengubat rindu.
    Laksa penang di kedai abah,
    Andai Anna rasa merindu,
    Jangan segan datanglah singgah…

    P/S:Leh x pikir balik pasal nak resign tu..cik Nina nie ,blom puas nak bermanjee…hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: