Hari Pertama Salmah

August 1, 2008

Terdapat sebuah kisah dimana seorang wanita bernama Salmah (nama samaran) yang telah meneruskan kerjayanya di tempat baru.

Hari ini adalah hari pertama Salmah di tempat majikan baru. Dia berasa teruja dengan tugasan yang bakal dipertanggungjawabkan olehnya nanti. Namun, jauh dilubuk hati, dia bertanya “betul ke pilihan aku ni?”, “sejauhmana aku akan bertahan kelak?”

Ini kerana Salmah masih mencintai kerjaya di tempat lamanya lagi. Salmah terpaksa mengambil keputusan yang terdesak akibat beberapa faktor masa dan kewangan. Tempat kerja lama Salmah berada di Shah Alam, dan dia terpaksa berulang alik daripada Kuala Lumpur setiap hari. Masalahnya Salmah kekurangan masa bersama anak dan keluarganya.

Apabila menerima tawaran yang lebih baik dan menguntungkan daripada sebuah firma ternama di Kuala Lumpur, Salmah menerima tawaran tersebut tanpa memikirkan minatnya terhadap kerjaya.

Inilah antara faktor masalah yang melanda Salmah, dan kebanyakan masyarakat yang berada di Malaysia. Salmah terpaksa berkorban minatnya demi menjaga ekonomi dan konsep kekeluargaannya.

Semasa mula-mula tiba di tempat baru Salmah terasa begitu asing dengan gaya kerja dan tugasan yang perlu dilakukan. Ini kerana ditempat kerja lama, Salmah melakukan tugasan dengan melibatkan hasil penulisan seninya, tetapi berbeza di sini, semuanya telah diatur mengikut sistem teknologi seperti komputer.

Setengah jam berada di tempat baru, Salmah minat untuk mengetahui dan meneliti perkara yang perlu dilakukan dengan banyak bertanya kepada orang disekeliling. Dua jam berada di situ, Salmah mula berkhayal sejenak dengan karenah kawan-kawan lamanya yang terdapat di majikan lepas.

Tiga jam sudah berlalu, Salmah mula merasakan kerinduan yang amat sangat dengan suara-suara yang selalu dikacaunya. Lalu Salmah mula sebak dan rindu terhadap tugasan dan kawan lamanya. Salmah lebih banyak termenung daripada bertanya seperti mula-mula.

Di dalam hati Salmah berkata, “Agaknya aku memerlukan masa untuk sesuai di sini, tak pe cuba dulu.” Dalam masa yang sama Salmah mula agak pandai menyesuaikan keadaan dirinya dengan tempat baru. Inilah cabaran yang perlu dihadapi olehnya demi mendapatkan yang terbaik bagi kehidupan sehariannya. Salmah masih memikirkan apa yang terbaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: