Sekarang Mega Sale…

August 15, 2008

Nak tahu apa kebanyakan perempuan paling suka dalam bentuk kebendaan? Iaitu beg tangan dan kasut.

Kebanyakan perempuan baik umur pertengahan remaja, muda dan tua pasti tidak ketinggalan untuk mengumpul beg tangan dan kasut selain aksesori seperti gelang, subang, rantai, jam tangan, kaca mata dan sebagainya.

Tambahan…hal ini akan menjadi-jadi apabila tiba musim Mega Sale. Kalau tak percaya sekarang bulan lapan, tak lama lagi cuti sekolah dan banyak kedai-kedai yang ada di pusat membeli belah memberi potongan harga yang amat mengujakan. Mana tak nya, potongan harga daripada 10% sehingga 80%. Bukan sekadar kedai-kedai biasa…butik-butik barangan wanita juga banyakmengadakan jualan seperti itu.

Purata yang datang berada dalam kedai-kedai jualan adalah perempuan. Beg tangan yang mahal semestinya menjadi tumpuan apabila di beri potongan harga. Jika satu beg tangan jenama berharga RM 500, kini dapat potongan harga sehingga RM200. Kalau tak beli rugi…bukan senang nak dapat harga murahkan…

Bila masuk kedai kasut pula…ramai perempuan lagi sekali…mencuba kasut di sana dan sini. Kebanyakan lelaki pula hanya melihat-lihat…dan tak sampai beberapa minit hanya lepak diluar pintu kedai yang disinggah oleh teman/isteri mereka. Apalah agaknya yang bermain difikiran para lelaki tersebut.

Tak lama lagi kita umat islam akan menunaikan ibadah berpuasa…lagilah ramai ibu-ibu dan ayah-ayah yang membawa anak-anak mereka pergi membeli belah. Nasihat anna biar pergi pagi-pagi sebab bila tengah hari ramai pula golongan muda yang bercouple mula melepak dan berjalan-jalan dipusat membeli belah dan ini akan menyukarkan keadaan yang sesak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: