Korban segalanya…

August 26, 2008

Saban hari, bila umur kita makin meningkat dan sudah mempunyai kehidupan tersendiri, kadang-kadang kita lupa akan kehidupan yang lepas dan perancangan hidup kita untuk masa akan datang.

Baru-baru ini terdapat berita daripada sebuah keratan akhabar yang menceritakan tentang seorang anak lelaki yang berlaku kurang ajar terhadap ibunya dengan mengeluarkan ayat-ayat kasar melalui khidmat pesanan ringkas, telifon selular.

Jika itu berlaku kepada anda yang sudah mempunyai anak apakah perasaan agaknya?

Hidup ini memang ibarat roda, yang tua sudah merasa nikmat masa muda…dan yang muda sedang bertungkus-lumus untuk mengecapi keinginannya untuk masa akan datang…hakikatnya ia sama…tiada taraf antara manusia…kita ni ‘manusia’ ibarat pelakon yang memegang watak masing-masing, yang menjadikan dunia sebagai pentas lakonan yang hebat.

Semenjak kita dalam perut dan mula dilahirkan, kita telah membuat perjanjian untuk menerima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.  Namun hal ini jangan disalah anggapkan dengan mengatakan segala yang buruk merupakan takdir tidak baik.

Bagi anak-anak, kenapa syurga ditelapak kaki ibu? Sebab ibu yang melahirkan kita, dan memastikan kita mudah untuk melakukan apa-apa sahaja. Tetapi kadang-kala ibu mungkin akan menjadi paranoid dalam menetukan apa yang perlu kita lakukan. Namun kita adalah seorang yang tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati seorang ibu.

Ini kerana, masa seorang ibu mula melahirkan anaknya, bukan sekadar sakit terkoyak anu ataupun dibedah, tetapi bayang-bayang hidup yang dilalui ketika proses kelahiran tersebut yang menyebabkan seorang ibu sebenarnya berada dalam pertarungan nyawa.

Setelah melahirkan anak, ibu mula mengalami beberapa peringkat yang lebih menyukarkan, seperti terpaksa berpantang, menjaga taraf emosinya kerana dikhutiri kena meroyan dan sebagainya.

Bagi yang menyusukan anak, dalam keadaan yang tak selesa akibat menanggung kesan sakit, ibu berkorban yang terbaik untuk anaknya. Biarpun ada seorang ayah yang membantu, namun pelakon utama bagi seorang anak ialah ibu.

Bagi sesetengah ibu, mereka sanggup meninggalkan kerja kerana ingin menjaga anak mereka sepenuh masa. Anak-anak ini seperti sebahagian daripada diri seorang ibu. Masa anak dalam perut mereka berkongsi paru-paru yang sama bersama ibu, namun kini, bila sudah keluar, si ibu berkongsi pengelihatan bersama anaknya.

Bila ibu memandang jauh kedalam mata anaknya dia mengharapkan dia adalah ibu yang terbaik untuk membesarkan anaknya. Lalu keluarlah pelbagai kata-kata dan arahan yang tegas kepada anak-anak demi melatih anak ke arah yang lebih bagus.

Namun sejauhmana keberkesanan tersebut? kerana anak-anak sekarang kebanyakannya lebih suka bebas daripada dikongkong. Ini adalah antara akibat perkembangan dunia, pelbagai watak dan props mula ditambah. Ibu kini terpaksa mengikuti peredaran masa ketika menegur anak mereka. Memerlukan psikologi yang tinggi.

Pemikiran zaman 80, 90-an makin berakhir. Kini alaf semuanya lebih teruk dan mencabar. Di negara-negara barat sudahpun berlangsung. Kita di sini terkejut kerana ianya baru bermula. Namun berlandaskan kepada pendidikan asas ajaran agama, insha allah seseorang itu akan tersedar kesilapan mereka jika berlaku dan ditimpa musibah. Ibu, juga perlu mengikuti perkembangan anak daripada masa ke masa selain melakukan tugasan rutin harian.

Jangan lupa apa yang kita semua lakukan sekarang akan berpatah balik kepada kita kelak, jika bukan kepada kita kepada anak dan keturunan kita. Harimau meninggalkan belang, manusia tak kan nak meninggalkan keturunan yang dicerca dan dicaci sehingga kiamat?

Kita perlu mengimbas apa yang lepas sebagai pengalaman yang perlu dibaiki dan merancang yang terbaik untuk masa akan datang. Tiada istilah tiba-tiba dalam hidup ini. Dan apa yang kita nak jadi semuanya adalah kerana  keluarga akhirnya. Siapa yang berada dalam keseorangan lalu orang itu adalah dalam kesunyian. Boleh bergembira, tetapi perlu berhati-hati ketika dalam apa yang kita lakukan. Kawan dan ibu bapa adalah orang yang amat berbeza. Kerana ibu adalah jiwa kita.

Jangan lupa bila dikatakan putaran hidup ibarat roda yang berputar, setiap daripada kita akhirnya pasti akan mati. Jadi tidak perlu tunggu esok ataupun lusa ataupun akan datang untuk berubah. Khidmatla sepenuhnya terhadap orang-orang yang kita sayangi. Seperti ibu dan bapa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: