Orang cakap ‘GILA MEROYAN’

August 26, 2008

Tekanan selepas bersalin biasanya terjadi kepada wanita yang lepas melahirkan bayi. Ia mungkin menampakan tanda yang ketara, tetapi biasanya tidak. Hal ini akan lebih menyakitkan mental dan jiwa apabila seorang wanita yang melahirkan anak perlu menjaga bayinya sepanjang masa. Wanita tersebut kadang-kadang akan berasa serba salah untuk berasa sebegini atau akan merasa dia tidak layak dan mampu untuk menjaga bayi yang dilahirkan. Ini memerlukan masa berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan.  Hal ini boleh ditangani dan dikurangkan dengan mendapat perhatian dan sokongan daripada suami, keluarga, kawan-kawan ataupun boleh berjumpa dengan doktor dan pakar yang berkaitan dengan hal-hal lepas bersalin.

Apakah tanda-tanda anda mengalami tekanan selepas bersalin?

1. Tekanan : Anda akan berasa rendah diri, tidak gembira dan malang sepanjang masa. Anda akan berasa begitu teruk pada waktu tertentu seperti waktu pagi mahupun petang. Kadan-kadang hari yang baik akan menjadi suram dengan tindakan orang yang mengalami tekanan ini.

2. Mudah marah : Anda mungkin berasa marah dengan kanak-kanak lain, sekali-sekala dengan bayi sendiri, tetapi kebanyakan waktu kepada suami sendiri. Pasangan ataupun ahli keluarga anda semestinya akan berasa hairan dengan segala peragai anda.

3. Berasa penat : Setiap ibu yang baru ingin kelihatan cantik dan menarik, namun tekanan yang dihadapi membuatkan anda kelihatan penat dan lesu.

4. Kurang tidur : Walaupun anda berasa penat dan letih, namun anda tidak boleh tidur. Anda akan kekerapan terjaga diwaktu tidur walaupun bayi anda diuruskan oleh pasangan.

5. Tidak berasa lapar : Anda akan turun berat badan dan tidak berasa lapar. Anda akan makan mengikut perasaan dan tidak sedar atas kenaikan berat badan tersebut.

6. Tidak berasa gembira : Anda sedar yang anda tidak berasa gembira dengan apa-apa sahaja.

7. Gangguan Sex : Pasangan anda mungkin memberi keselesaan kepada anda untuk melakukan sex, tetapi anda tidak berminat. Tentu sekali, antara sebabnya ialah sakit di anu ketika melahirkan bayi, atau anda ingin menyesuaikan kembali kepada keaadaan asal. Jika pasangan anda tidak memahami dia akan berasa seolah-olah ditolak.

8. Tidak pandai mengurus : Anda yang mengalami tekanan ini pasti akan merasa tidak cukup masa dan tidak boleh melakukan sesuatu perkara sehingga habis. Anda akan terasa seperti tidak pandai menguruskan bayi anda.

9. Rasa bersalah : Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikiran negetif. Anda akan berasa serba salah dan tidak berguna dalam apa perkara sekalipun.

10. Berasa cemas : Anda akan berasa cepat cemas dengan sesuatu perkara terutamanya jika bayi anda menangis, tersedak, tercedera atau apa-apa sahaja yang melibatkan anda bersendirian dengan bayi anda.  Ini termasuklah jika anda berada rapat dengan bayi anda, anda akan berasa merbahaya. Anda tidak pasti apa yang dikehendaki oleh bayi dan perasaannya.

Ataupun jika anda begitu sayang kepada bayi anda, anda akan berasa cemas dengan situasi tersebut. Kebanyak ibu baru akan merisaui kesihatan bayi mereka, namun bagi tekanan selepas bersalin, mereka lebih merisaui beberapa perkara seperti berikut :-

a. Anda akan kehilangan bayi jika berlaku jangkitan, tidak terkawal, tersalah jaga dan mati mengejut

b. Tentang bernafas bising atau berapa berat badan anaknya bertambah

c. Jika anak cepat menangis, ataupun berhenti bernafas.

d. Anda risau jika anda mencederakan bayi anda.

e. Tentang kesihatan anda.

Ulasan bagi tekanan selepas bersalin ini boleh dikategorikan sebagai ‘Gila meroyan’ cuma yang membezakannya ialah tahap mana yang dialami oleh seseorang individu tersebut.

Bagi pasangan suami, lepas ni perlu kaji dan banyakla membantu pasangan isteri anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: