Beza Berjaya dan pandai

August 27, 2008

Ada pepatah mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan. Tetapi, sejauhmanakah pengertian pepatah tersebut agaknya. Dalam masa sekarang ni ibu dan bapa asyik sibuk untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak, lalu dihantarnya ke sekolah atau pusat pengajian yang mahal-mahal dan lebih bertaraf daripada biasa. kadang-kala ibu dan bapa tersebut tidaklah mempunyai wang yang berlebihan, tetapi kerana untuk mendapatkan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, mereka sanggup berkorban.

Adakah ini satu kemestian ataupun sekadar gaya hidup yang baru berlangsung di Malaysia?

Mungkin kebanyakan ibu dan bapa sudah mula sedar akan kepentingan pendidikan yang perlu ditekan kan seperti bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Namun bagaimana pula dengan anak-anak yang berada jauh kebelakang dan ibu bapa mereka tidak mampu untuk menanggung kos bagi pembelajaran seperti itu.

Setiap daripada apa yang kita rancang untuk menjadi apa, pasti ada kelebihan dan kelemahan. Kebijaksanaan seseorang bukan hanya terletak kepada pendidikan yang mahal, malah memerlukan pengalaman hidup bagi mengadaptasikan pengetahuan yang ada.

Dahulu, terdapat dua orang remaja yang dibesarkan dengan dua gaya hidup yang berbeza. Kedua-dua mereka adalah sebaya. Taraf keluarga mereka adalah lebih kurang sama. Remaja A sememangnya seorang remaja yang cemerlang dalam bidang pendidikan di sekolahnya. Dia sering mendapat skor yang tinggi akibat menerima sokongan yang amat tinggi daripada ibu dan bapanya.

Dia lebih fokus terhadap pembelajarannya dikelas mahupun rumah. Ibu dan bapanya selalu akan memerhati pergerakan dan memberi tunjuk ajar dengan segala yang berkaitan dengan pendidikan. Dia kurang bergaul dan kurang aktif dalam bidang kokurikulum di sekolah. Usahanya itu berbaloi, kerana akhirnya dia mendapat keputusan akhir di sekolah menengah (SPM) dengan gred yang amat memberasangkan. Lalu dia di beri pinjaman untuk melanjutkan pembelajarannya ke German selama 3 tahun dalam bidang Ijazah kejuruteraan.

Berbeza dengan remaja B, dia seorang remaja yang terlalu aktif dalam aktiviti ko-kurikulumnya. Kadang-kala dia terlupa untuk mengulang kaji akibat sibuk dengan urusan yang diminatinya, walhal dia berada satu kelas bersama remaja A. Iaitu kelas ‘Sains tulen’. Sebenarnya matapelajaran yang perlu dibawa dalam kelas tersebut agak berat dan memerlukan latihan disiplin jika ingin skor markah.

Remaja B sering dimarahi dan ditegur oleh ibu dan bapanya. Dia seorang yang degil. Katanya dia ada prinsip sendiri. Namun dalam hal ini dia banyak bergaul dengan pelbagai jenis dan perangai orang. kadang-kadang dia lupa yang dia bakal mengambil peperiksaan yang penting. Tanpa usaha yang keras, akhirnya dia akur dengan keputusan yang biasa sahaja. Dia tahu yang dia sebenarnya boleh buat lebih.

Dia tidak langsung ditawarkan untuk masuk ke IPTA ataupun mana-mana institusi yang berkaitan dengan badan kerajaan. Dia hampir kecewa…kerana cita-cita tinggi nak jadi doktor tetapi lalai dengan aktiviti yang diminatinya. Bapanya terpaksa menghantar remaja B belajar di institusi swasta, di mana bidangnya dianggap lebih ringan dan waktu itu orang kurang minat dengan bidang tersebut kerana seperti untuk orang-orang yang kurang pandai…iaitu bidang penyiaran. Dia akan mengikuti kursus diploma ini selama 2 tahun.

Di sini bermulalah era belajar di peringkat diploma mahupun ijazah. Remaja A sering bangga dan rasa dirinya bertaraf tinggi apabila dia belajar di luar negara. manakala remaja B hanya menerima apa yang sedang dilakukannya.

Tahun demi tahun berlalu, remaja A masih belajar di German, dan dia terpaksa menangguh kursusnya akibat ada kertas yang perlu di ambil semula. Remaja B pula sudah menamatkan pembelajarannya dan rezeki bekerja diperolehi. Remaja B telah dihantar ke German untuk melakukan tugasan yang berkaitan dengan kerjanya.

Tiba-tiba dia terserempak dengan remaja A yang masih dalam kursus yang sudah berlangsung lebih kurang lima tahun. Remaja A segan untuk bercerita lebih lanjut cuma dia difahamkan remaja A sudah pun mendirikan rumah tangga dan bakal menerima cahaya mata yang pertama. Remaja B begitu berjaya dalam hidupnya dengan mempunyai rumah dan kereta mewahnya sendiri.

Dalam masa lebih kurang 6 tahun remaja A baru menamatkan pembelajarannya. Dia pulang ke Malaysia dengan mengharapkan pekerjaan dan gaji yang tinggi. Harapannya sukar untuk dikecapi memandangkan keadaan ekonomi yang makin tidak stabil.

Remaja B meneruskan hidupnya dengan membuka syarikatnya sendiri. Remaja B belajar daripada pengalaman yang lalu dan masih mempelajari ilmu dan kisah kehidupan ini.

Remaja A masih lagi menganggur kerana rasa tidak berbaloi dengan tawaran ada. Dia masih bergantung kepada ibu dan bapanya. Kereta yang dipakai masih lagi kereta ibu dan bapanya..

Dalam kes seperti ini adakah hanya kita hanya perlu memberi tekanan kepada matapelajaran sahaja? dan jangan disangka anak-anak ataupun orang yang kurang pandai itu tiada maknanya.

Kita patut tahu kelebihan dan kelemahan seseorang sebelum meletakkan nya ditempat yang sesuai, bukan terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Pastikan ia tahu apa yang dilakukan oleh seseorang individu itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: