Hujan lebat – sabar

August 28, 2008

Di Malaysia, tinggal tiga hari sahaja bagi para pengikut umat islam menunaikan ibadah puasa. Pelbagai manfaat dan kelebihan menunaikan ibadah puasa, bukan sekadar kerana tunduk kepada Maha pencipta, ALLAH S.W.T, malah puasa juga mengesahkan kestabilan diri seseorang dari aspek kesihatan, mental, fizikal, rohani dan kemasyarakatan.

Namun semenjak kebelakangan ini, cuaca menjelang ke bulan puasa nampaknya hujan sepanjang hari…sebagai contoh di bandar Kuala Lumpur, jika hujan turun waktu pagi ia akan mula berlanjutan ke waktu petang, lalu jalan-jalan yang ada di pelusuk bandar Kuala Lumpur mula sesak dengan kenderaan yang ada akibat beberapa ruang jalan yang dibanjiri air.

Kadang-kadang terdapat beberapa kenderaan yang berhenti di tepi jalan kerana tidak larat untuk terkandas dalam jem ataupun mengalami gangguan enjin yang serius.

Apa-apa pun yang berlaku, ramai juga diantara pemandu kenderaan mula rasa tidak sabar, lalu mulalah timbul persengketaan jalan raya seperti menghon sesuka hati, memotong barisan, menghimpit kereta orang lain dan sebagainya.

Akibat tekanan sepanjang hari ditambah pula masalah alam semulajadi, manusia semakin kehilangan sabarnya. Dalam hal sebegini, kita jangan kata ” ha, perangai macam binatang” sebab binatang sebenarnya lebih bagus daripada kita. baik kata ‘perangai macam syaitan’ tu baru betul. Kalau binatang dikatakan hina, apakah salah mereka yang telah dilakukan, dan kenapa kanak-kanak ataupun bayi menyukai binatang? Binatang cuma tiada akal seperti manusia, sebab itulah mereka berperangai tidak menentu.

Manusia juga bersaing untuk hidup, tetapi kurang mampu menggunakan kesabaran dan kebijaksanaan yang di beri.

Jika terkandas dalam hujan, banyak kan bersabar dengan menikmati waktu terkandas sambil mendengar radio, CD ataupun kalau lebih canggih TV kecil yang dalam kereta. Jika agak-agak mamai dan ngantuk, masa berhenti tu tarik hand break supaya tak terlajak kebelakang dan kedepan dan melanggar orang lain. Jangan lupa prihatin kepada penunggang motosikal. beri laluan kepada mereka. Jangan pentingkan diri sendiri di jalan raya kerana balasan akan diterima kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: