Nak Glamor di TV?

September 9, 2008

Apabila bekerja di bidang penyiaran dan televisyen, pasti ramai yang teringin dan bercita-cita untuk menjadi penerbit ataupun pengacara, pembaca berita dan apa-apa sahaja yang akan membuatkan anda keluar di kaca televisyen. Hal ini juga boleh dikategorikan sebagai ingin glamour.

Kebanyakkan remaja sekarang memang ingin kelihatan glamor di mata masyarakat, lalu mulalah berpakaian, berfesyen,  gaya hidup, seperti bintang-bintang filem dan orang-orang yang menjadi idola mereka.

Namun sejauhmanakah mereka boleh pergi dengan hanya berangan dan berlagak seperti super star yang ada di televisyen.

Kadang-kadang apa hiburan dan berita yang anda tengok di televisyen tidaklah segempak seperti anda lihatnya tv rumah. Jadi janganlah terlalu mengidamkan untuk menjadi star dengan mengambil mata pelajaran bidang komunikasi di IPTA ataupun IPTS demi mengejar glamor.

Yang penting ialah apa yang anda niat dalam bidang ini. Samada bisnes ataupun propaganda.

Tugasan sebagai seorang penerbit adalah satu tangungjawab yang berat untuk dipikul, tetapi kenapa ada genarasi muda yang baru setahun jagung sanggup memikul bebanan tersebut tanpa pengalaman yang mencukupi demi mengejar glamor diri? Ada pepatah mengatakan, pengurus produksi yang bagus mampu menjadi penerbit yang bagus.

Penerbit biasanya akan menguruskan budget program yang bakal diterbitkan, termasuk segala perkara yang terlibat dalam proses produk. Jika berlaku sembarang masalah kewangan kelak, baik kerana terlebih kos ataupun akibat terdapat anak buah yang tidak jujur, penerbit, tidak mustahil untuk mengeluaran wangnya sendiri.

Untuk menjadi seorang pengacara ataupun pembaca berita, cantik paras rupa bukanlah penentu segalanya kerana anda perlu rajin ambil tahu dan berpengetahuan luas dengan isu semasa. Ini semua bukan hanya untuk peningkatan diri sendiri tetapi supaya tidak menyusahkan rakan-rakan yang terlibat di dalam kumpulan anda.

Pokok pangkalnya, proses pembelajaran hanyalah satu bonus pengetahuan, bukanlah satu penetapan, anda berhak untuk tahu lebih daripada yang anda lakukan sekarang lalu adalah peningkatan diri di situ. Tidak perlu terikut-ikut dengan glamor yang anda ingin kejar.

Kalau nak glamor juga, tak perlu buang masa ambil kos pembelajaran untuk tempoh masa yang lama tetapi masuk sahaja audition rancangan nyanyian, tarian, realiti, ataupun apa sahaja yang boleh membuatkan anda jadi glamor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: