Kanser punca perbalahan

October 9, 2008

Ini kisah tentang seorang wanita yang mengalami penyakit kanser otak.

Syukur alhamdullilah, rezekinya (Faridah) makin mencurah-curah. Hidup yang dilengkapi dengan sepasang cahaya mata dan suami yang bekerjaya sudah memadai baginya bergelar sebagai seorang ibu dan isteri yang mithali.

Faridah sememangnya seorang yang tegas terhadap anak-anaknya, terutama sekali wajib patuh kepada ajaran agama. Dia akan memastikan anaknya sentiasa melengkapi solat 5 waktu sehari dan semalam.

Cara dia mendidik anak amat tegas dan menyebabkan anak-anaknya takut untuk melawan. Namun ini lebih memudahkan tanggungjawab suaminya supaya mendidik anak-anak mereka lebih berdisiplin.

Namun, hidup mewah dan kebahagiaannya tidak dapat menandingi penyakit tumor otak yang dihadapinya. Jika orang disekelilingnya mula risau, apatah lagi orang yang mengalaminya. Apa yang bermain difikirannya ialah Mati.

Pada peringkat awal sebelum mengetahui penyakit tumor tersebut, dia mengelami satu benjolan yang digelar sebagai lump dibelakang lehernya. Lalu dia melakukan pembedahan kecil untuk membuang lump tersebut. Mengikut sejarah kelahiran dua orang anaknya, dia juga telah melahirkan secara pembedahan di bahagian bawah perut.

Lump yang telah dibuang disangka menamatkan penderitaannya dalam melakukan sebarang pembedahan kelak. Tidak lama kemudian mata di sebelah kirinya mula tertutup akibat gangguan ketumbuhan yang berada di belakang mata.

Faridah melakukan pemeriksaan yang agak berat kali ini di salah sebuah hospital tempatan. Keputusannya agak mendukacitakan. Bengkak kan dibelakang mata tersebut sebenarnya ialah kanser. Doktor juga mengesahakan ketumbuhan tersebut bukan dibelakang mata tetapi sebenarnya di dalam otak bahagian hadapan berhampiran dengan mata.

Faridah menjadi rundum, suaminya juga agak terkejut. Anak-anaknya yang berada di pusat pengajian masih belum mengetahui penyakit yang dialami oleh ibu mereka.

Faridah juga terpaksa menjalani beberapa tebukan dibahagian kepala bagi membuang kanser tersebut. Dia dimaklumkan akan mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya 3 tahun daripada sekarang.

Semenjak keputusan perubatan tersebut, hidup Faridah sekeluarga kita makin berubah. Faridah lebih banyak mendiamkan diri berbanding dengan sikapnya pada masa lepas. Anak-anaknya agak hairan dengan perubahan tersebut dan mereka juga menyangkakan ibu mereka memang ingin memberi kelongaran terhadap mereka.

Suaminya pula banyak berfikir dengan hal tersebut. Faridah juga melakukan beberapa prosedur dan treatment mengikut nasihat doktor dari semasa ke semasa. Memang mereka mewah dengan wang dan harta, rumah banglo yang ada lebih daripada 3 biji dan 3 buah kereta serta beberapa bidang tanah cukup untuk mereka menyara keluarga sehingga anak dan cucu.

Kini, anak-anak,ibu, adik-beradik dan saudara mara semuanya sudah mengetahui tentang penyakit yang dialaminya. Matanya semakin hari tidak dapat dibuka akibat pertumbuhan kanser tersebut.

Dia semakin lupa dengan orang-orang disekelilingnya. Pelbagai jenis perubatan telah dicuba selain mengikut nasihat doktor.

Ramai yang mendoakan dan mengharapkan dia akan lebih pulih dan elok daripada sengsara penyakit sedemikian. Namun ada juga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjadi batu api terhadap penyakinya itu.

Terdapat ipar perempuannya yang membawa faridah berjumpa dengan seorang bomoh kampung. Bomoh tersebut mengatakan dia sebenarnya telah dibuat oleh seseorang yang datangnya daripada adik-beradik dan ahli keluarga kandungnya.

Faridah yang separuh waras akibat gangguan penyakit kanser pun juga berfikiran kuno seperti ipar yang tdak beriman itu. Kini timbullah krisis menyalahkan antara satu sama lain akibat ada ipar yang tamak dengan harta faridah.

Ini kerana mereka kurang pengetahuan tentang treatment penyakit kanser. Bukan sahaja mengharap dengan perubatan tetapi sebenarnya perlu lebih kepada psikologi dan emosi. Faridah perlu bergembira bukannya ditambah sengsara dengan khabar yang merungsingkan.

Akibat perbuatan orang yang suka memecahkan keluarga tersebut, faridah mula berjauhan disaat di mengalami tumor yang kronik. Dia juga mula melupai dan mamai serta kurang faham dengan perbualan orang disekeliling.  Faridah makin kronik.

Suasana menjadi kelam kabut. Faridah yang sudah kelihatan dan berperangai seperti keanak-anakan hanya mengikut apa yang diarahkan oleh ipar-iparnya. Suaminya juga yang mempercayai bomoh tersebut juga mula berlaku kurang ajar dengan mertua dan ibu kepada Faridah.

Manakala Ibu dan adik-beradik faridah berasa amat kecewa dan sedih dengan hal tersebut. Memang keluarga belah suami faridah semuanya kurang berpelajaran dan hanya tinggal dipelusuk kampung namun janganlah menjadikan isu ketamakan mereka untuk memisahkan faridah daripada keluarga dan adik beradik kandungannya.

Sehingga hayat terakhir faridah dia meninggal di sebuah hospital di bandaraya Kuala Lumpur. Faridah tidak sempat berkata apa kepada ibu dan adik-beradik kandungnya. Malah ibu kandung faridah kecewa yang teramat dan mengharap tuhan memelihara roh anaknya itu.

Selang sehari semenjak kematian faridah keluarga ipar-iparnya mengadakan kenduri doa selamat di rumah arwah faridah.

Di situ mereka semua mula memunggah barang-barang faridah dan telah diagih-agihkan seperti barangan mereka sendiri. Adik-beradik arwah faridah yang turut berada di situ hanya memerhati gelagat manusia yang berupa syaitan tersebut.

Mereka yang hadir bersama keluarga masing-masing tidak sanggup melihat dan ingin pulang segera kerana tidak mampu menahan sebak di hati masing-masing.

Setelah 2 tahun berlalu arwah meninggalkan dunia, ibunya masih mempunyai tanda tanya, apakah yang berlaku terhadap anaknya sepanjang hayat hidupnya kerana si arwah tidak dibenarkan berjumpa dengan si ibu.

Ini masih menjadi pertanyaan bukan sahaja pada adik beradik si arwah malah terhadap anak-anak buah yang menyayangi juga.

Apa-apa pun marilah kita memberi sedekah al-fatihah dan mengaharapkan rohnya bahagia di alam sana, dan semoga kita lebih beringat dan sentiasa beriman kepada tuhan yang maha esa…

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: