Sabar lagi!

April 17, 2009

Semenjak kebelakangan ini aku telah banyak menapis dan menepis segala perkara yang tidak baik demi menjaga kesihatan jiwa dan rohani
supaya lebih sihat dan damai.

Tetapi usahaku itu tercabar apabila terserempak juga dengan perangai ataupun sikap orang yang aku terpaksa berdepan setiap hari, tambahan masaku lebih banyak mengadap mereka berbanding masa sendirian.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan aku sensitif adalah seperti:-

1. Perkara utama, kebanyakan orang tidak menyukai ialah bercakap tentang sesorang dibelakang, walhal perkara tersebut boleh di bawa berbincang jika mendatangkan kebaikan. Jangan sampai orang lain yang menyampaikan kepada kita.

2. Sering menunjukan reaksi ataupun riak wajah yang kurang menyenangkan, iaitu seperti kurang senyum dan hanya tarik muka dan masam bila ditegur.

3. Suka mengkritik orang di khalayak ramai atau sering mempersendakan orang dengan gelaran dan gurauan yang mengaibkan orang lain.

4. Tidak pernah cuba menyelesaikan malah memperbesarkannya.

5. Terlalu bangga dengan diri sendiri sehingga tidak langsung memberi peluang terhadap bakti orang lain.

6. Mempunyai nada suara yang tinggi apabila bercakap tentang diri sendiri.

7. Membenci seseorang tanpa sebab yang munasabah.

8. Hasad dengki

9. Dan sebagainya…

Walaupun segelintir daripada mereka membuatkan aku hampir tergolong dalam rangkaian tersebut, alhamdullilah kerana aku menyedarinya lebih awal.

Tiada sembarang bantahan yang boleh aku lakukan selain bersabar, kerana ini ada tempat di mana masaku adalah untuk mencari sumebr rezeki.

Agak-agak aku nak berasa marah dan tersinggung yang amat sangat aku akan mula membuka hadis tentang kesabaran…bagi sesiapa yang mengalami dan berhadapan dengan masalah yang sama cuba tenangkan diri dengan beringat bahawa hidup ini hanya sementara.

Berikut antara hadis tentang kesabaran:-

Hadis Sahih Bukhari Jilid 5. Hadis Nombor 1902.

Dari Anas bin Malik r.a. dia mengatakan kepada perempuannya: “Tahukah engkau si Anu (seorang perempuan”?” Jawabnya: ””Tahu!” Kata Anas; “Sesungguhnya Nabi saw. bertemu dengan perempuan itu ketika dia sedang menangis dekat sebuah kubur. Lalu Nabi mengatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah!” Perempuan itu menjawab: “Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan saya ini!” Nabi meninggalkan perempuan itu dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lalu dekat perempuan itu seorang laki-laki menanyakan: “Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah kepada engkau?” Jawab perempuan: “Aku tidak mengetahui (bahawa beliau Rasulullah).” Kata laki-laki: “Sesungguhnya beliau itu Rasulullah saw.” Maka datanglah perempuan tadi ke pintu rumah Nabi dan diperolehnya tidak ada pengawal. Perempuan itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya tidak mengenal engkau!” Nabi bersabda: “Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama.”

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: