Kekuasaan Wanita

April 20, 2009

Maka, dimanakah letaknya kuasa tersembunyi kaum wanita?

1. Pada keupayaan memujuk
Wanita memang pandai memujuk. Pujukannya itu boleh mempengaruhi tindak-tanduk lelaki. Sebab itu, para isteri kalau bijak berperanan, akan dapat mempengaruhi suami menuruti telunjuknya samada untuk melakukan kebaikan ataupun kejahatan. Kata-kata yang manis serta lemah lembut disertakan dengan layanan yang baik pada suami sudah cukup untuk mendorong suami untuk mengambil sesuatu tindakan yang menyebelahi kehendak isteri.

2. Pada kecantikan
Kecantikan seseorang wanita boleh melembutkan hati lelaki. Bukankah ramai lelaki telah tumbang kerana wanita cantik? Kecantikan boleh digunakan sebagai kuasa untuk mempengaruhi lelaki selagi perkara yang hendak dipengaruhi itu tidak berlanggar dengan kehendak Allah dan Rasul. Inilah dikatakan syukur terhadap nikmat Allah. Iaitu menggunakan kecantikan untuk mempengaruhi suami ke jalan Allah.

3. Pada layanannya
Lelaki fitrahnya suka di layan. Wanita pula suka melayan. Layanan first class yang diberikan oleh seorang isteri kepada suaminya pasti menempatkan si isteri begitu istimewa sekali di hati suaminya.

4. Pada peranan pendidikannya
Ibu-ibulah pencorak utama anak-anak. Dia yang banyak mendampingi anak-anak mendidik mereka samada kebaikan atau sebaliknya. Bila mana anak-anak sering dibisikkan dengan kata-kata nasihat untuk membuat kebaikan, anak itu bila besar nanti akan mudah membuat kebaikan.

4. Pada doanya

Wanita itu bersifat kasih sayang. Doa seseorang terhadap seorang yang dikasihinya itu cepat dimakbulkan Tuhan kerana  dia berdoa dengan penuh harapan. Kerana  itu ada sepotong hadis yang mengatakan :

” Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya, “Kenapa, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan tersia-sia.”

5. Pada taqwanya

Kuasa ini dimiliki bersama oleh lelaki mahupun wanita. Firman Allah yang bermaksud:

” Allah menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa”

Bila seseorang itu bertaqwa, Allah akan lepaskan segala kesusahannya dan menunaikan hajat-hajatnya tanpa perlu berusaha. Bila Allah sudah campur tangan dalam urusannya, maka adakah makhluk yang lebih berkuasa daripadaNya.

Oleh itu wanita yang sering terasa ditindas, jangan mengeluh kerana tidak ada kuasa . Sebaliknya, kejarlah ‘kuasa’ yang paling canggih iaitu taqwa. Oleh itu, selayaknya seorang isteri dan ibu dalam sebuah rumahtangga berperanan dengan sebaik-baiknya mencorak rumahtangganya dengan suasana yang lebih baik lagi sesuai mengikut perintah Allah dan Rasul-Nya.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: