Berangan : ‘Nasi lemak ayu’

May 4, 2009

Hari ini Isnin, hari mula kerja setelah bercuti semenjak jumaat kelmarin, sempena sambutan hari buruh la katakan… kalau ikut kebanyakan orang, pada hari mula bekerja nila layu…bosan dan mengantuk…apa la nak buat kan…kalau dah datang kerja, buatla kerja…ialah, masalahnya kerja buat tapi tak bersemnagat…mana semangat hari ni…kan bagus kalau aku ada duit banyak dengan kerja yang senang tanpa datang pejabat dan cuma dapat membazirkan masa dengan aktiviti bebas…:D tapi itu bukan kerja namanya…itu penyengat namanya, dapat duit dengan tak kerah tenaga ataupun minda…kan bagus kalau aku anak orang kaya…iyeke best, bukan bosan ke sebab dah dapat semua yang nak…tak ada klimaks nak beli apa-apa…habis tu? Bosan nih! apa nak buat selain buat kerja aku ni? Mmmm…oky, meh jadi mat jening jap… aku kerja macam biasa, untuk memupuk semangat aku, aku dapat buatla skit bisnes makan macam jual nasi lemak. Oky, aku minta tolong mak aku buatkan sebab dia punya masakan memang sedap. Tambahan mak aku nih memang ada bakat memasak dan berniaga restoran masa dia kecil dulu. Al-maklumla keturunan orang berniaga. Mak aku setuju…sambil dia pun kerja makan gaji kat pejabat, dia pun rasa dia patut buat sesuatu untuk mencari xtra duit disamping takla bosan sangat buat tugasan harian dalam pejabat. So aku ngan mak pun dah merangka nak jual nasi lemak dengan bawa ke pejabat,  dan hal ni telah dilaksanakan dengan lancar.

nasilemakbungkus

Alhamdullilah, hari pertama nasi lemak dijual laku. Di pejabat mak aku pula siap ada orang nak tempah untuk mesyuarat lagi. Ok, kena usaha lebih skit nih sebab ada kehendak. Sian mak aku…asalkan dia pun happy. Meh berangan lagi…Bila nasi lemak makin berkembang maju, aku cadang nak bukak stall bergerak ngan mak dan adik beradik aku…ikut shiftla…target tempat orang belajar..belah malam…tapi jangan balik lewat sangat. Bila perniagaan makin maju, alhamdullilah…aku punya idea bukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya tengah kegawatan ekonomi ni, tak perlu risau pasal nak cari kerja ngan orang, kalau adik2 aku tak ada kerja diorang boleh jual nasi lemak. sama macam zaman dahulu…jual nasi lemak dalam bakul…:) mmm jika ada modal lebih skit aku nak buka special branch jual nasi lemak…dan sebenarnya modal mulakan bisnes nih takla merugikan langsung…dan orang tetap nak makan…aku kat pejabat sekarang dan terberhenti sekejap sebab nak tengok orang pegang nasi lemak mak aku…ataupun di beri nama ‘nasi lemak ayu’ ….:D bestnya dapat berangan dan bakal menjadi kenyataan…wasalam.

2 Responses to “Berangan : ‘Nasi lemak ayu’”

  1. syirfan Says:

    bagus… boleh tempah? hehehe

  2. anna Says:

    boleh aje abang syirfan…:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: