Jika wanita berkahwin minat lelaki berkahwin

May 8, 2009

Apa yang perlu kita buat kalau meminati seseorang? Adakah kita perlu berterus terang dengan orang tersebut? ataupun diam, dan bila terserempak dengan dia senyum lebar? ataupun approach dia sebagai sahabat rapat dulu? banyak hal ni kalau kita meminati seseorang. Bukan orang yang meminati kita. Mmmm…susah…hal ni lebih bertambah susah bila orang yang kita minati tu sudah berpunya dan kita juga sudah berpunya…bukan sekadar berpasangan tapi masing-masing dah ada rumah tangga sendiri. Dan lebih parah lagi kalau diantara orang yang kita minati dan diri kita sendiri sebenarnya tiada sebarang masalah dengan hubungan yang sudah sedia ada.

Apa nak buat? Memang mudah bila sebut pasal minat, ala setakat minat…tapi ramai yang tak sedar minat tula sebenarnya yang memupuk semangat sayang lalu cinta kepada seseorang. Kalau sayang dan cinta tu terbalas kira lega, cuba bayangkan kalau orang yang kita minat tu kritik balik dengan perbuatan kita…kan dah memalukan diri sendiri…lalu timbulla pelbagai jenayah berkenaan dengan meminati seseorang seperti rogol ngan mak esah-mak esah, bomoh-bomoh dan sebagainya.

Woh! bila nampak orang yang kita minat tuh berdebar-debar rasa hati…orang cakap macam syok sendiri la…bersemangat rasa bila nampak dia…kalau tengah bekerja penuh tekun…kalau nampak dia berjalan rasa macam nak berselisih…kalau bertentangan mata berdebar-debar rasa hati…kalau kat rumah macam tak sabar nak jumpa…nah! nila dikatakan minat+macam dah sangkut…= cinta.  My heart will go on la…

Kalau orang yang kita minati tu masing-masing tiada komitmen dan masih bujang, hal ni amat mudah diselesaikan…macam mana kalau yang dah ada pasangan tetap masing-masing? Ok, ni pendapat aku, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin dan meminati seorang lelaki yang sudah berkahwin, adalah tidak salah. cuma sejauh mana minat tu berlanjutan. Kalau boleh janganlah keterlaluan kerana hal itu boleh memburukan keadaan dan akan menyebabkan anda meruntuh kan rumah tangga yang sudah sedia ada.  Kalau minat cuba kekalkan ego anda dengan berbuat seperti biasa dan jangan sesekali meluahkannya. kerana ia adalah satu kesalahan yang amat besar. Anda akan dilihat murah di mata lelaki tersebut, seperti “alah perempuan ni senang je”. ataupun…”kesian laki dia”. Lain pula jadinya jika orang yang anda minat sudah mengetahuinya, anda juga harus masih mengekalkan ego dengan berbuat seperti biasa dan jangan sesekali menceritakan hal keburukan pasangan ataupun suami pada orang tersebut…itu adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan sampai mati. berkawanla seperti anda berkawan dengan orang lain, namun setiap kali jiwa anda terganggu ataupun tergugat ketika melihat dia, bayangkan sesuatu pengorbanan yang pernah pasangan anda buat terhadap anda yang tiada bandingan. seperti suami anda yang sanggup menikahi anda atas bukti klimaks cintanya terhadap anda.

Sabar adalah kata kunci yang amat tepat. Hati meminati dan menyukai seseorang sememangnya tidak akan lupus. Tapi bagaimana anda mengemudinya. Tapi percayalah perasaan yang mendalam tu akan tenggelam timbul dan lama kelamaan akan dilupakan. Jadi fikir yang penting dan perlu dulu daripada sampingan yang hadir…

2 Responses to “Jika wanita berkahwin minat lelaki berkahwin”

  1. naz, bukan naz ahmad Says:

    anna, i suka la your entry,
    deepppp meaning kan..
    hehehe rahsia kita tau..
    muah2

  2. anna Says:

    heheh…baik friend…take care


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: