Aku syukur…

June 3, 2009

Aku syukur kerana aku Islam,

Aku syukur kerana aku ada asas  ilmu islam dan mengamalkannya,

Aku syukur kerana diri ku mampu mengawal dan terpelihara daripada perkara-perkara yang yang boleh merosak kan rohani, fizikal, mental dan akal ku,

Aku syukur kerana aku dibesarkan dengan didikan sempurna,

Aku syukur kerana dibesarkan dengan persekitaran yang seimbang,

Aku syukur kerana Allah sayangkan ku

Aku syukur kerana ibu bapa dan ahli keluarga menyayangiku,

Aku syukur kerana diberikan segala anggota yang diperlukan,

Aku syukur kerana badan ku sihat,

Aku syukur kerana hidupku sederhana,

Aku syukur di berikan dan dimurahkan rezeki daripada pelbagai aspek,

Aku syukur dapat menikmati makan dan minuman yang berkhasiat,

Aku syukur kerana mempunyai akal dalam membuat pilihan.

Aku pilih untuk syukur daripada aspek yang tidak dapat dihuraikan, sehingga ketahap alpha dan beta, deta dan sebagainya.

Tanda untuk aku rasa  bersyukur kepada Allah ialah dengan mengikut segala perintah yang telah di sampaikan dalam kitab al-quran dan melaksakannya.

Aku tidak akan berhenti untuk mendalami apa yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa seperti ku di dunia ini, aku akan laksanakan apa yang sepatutnya demi melaksanakan kepercayaan ku.

Aku sayang Allah, kerana dia berikan segalanya kepadaku, tetapi kebanyakan masyarakat di Malaysia leka dan tidak perdulikan perkara yang sepatutnya malah melanggar segala perintahnya sambil membuat kepercayaan mereka sendiri dalam islam. Sampai bila tunggu berubah kalau tak cuba? Adakah saat-saat akhir kematian mereka?

Ya, Allah, maafkan aku kalau jika aku tidak berjaya mengubah pandangan dan melaksanakannya kepada hamba-hamba mu yang lain. Namun, aku tetap tidak akan berputus asa untuk mengajak mereka bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mereka terhadapmu. Aku amat bersyukur terhadapmu. Ampunilah dosa-dosa ku, kedua ibu bapaku, serta umat muslim dan muslimat yang dikasihi Allah. Sesungguhnya kau maha mengetahui lagi mangasihi dengan karenah hamba-hamba mu ini.

Amin.

2 Responses to “Aku syukur…”

  1. ry Says:

    good reminder and doa…..amin

  2. anna Says:

    tq sis..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: