‘Monday blues’

January 18, 2010

Hari ini Isnin, hari kebanyakan orang mula kerja…ada yang cakap ‘Monday blues’ dan boring…sebab semalam dah cuti…kena bangun hari ini dan mulakan minggu baru dengan berkerja…

Ada pepatah cakap…selagi tak tutup mata, selagi tu kerja dan kerja…limit bekerja tidak kurang daripada 8 jam sehari dan kebanyakan masyarakat yang tinggal di Ibu kota Kuala Lumpur, mereka akan bekerja lebih daripada 12 jam.

Bayangkan, masa kita banyak dihabiskan untuk bekerja…dan matlamatnya? samada kerana duit ataupun nama dan cita-cita…tapi sedarkah kita dalam sibuk dengan urusan seharian kerja, orang-orang yang tersayang ditinggalkan dan mereka mula rasa kesepian…terutamnya, ibu bapa yang mempunyai anak, suami yang mempunyai isteri bekerjaya, isteri yang ditinggal-tinggalkan suami?

Urusan akhirat semestinya banyak yang tertinggal, tapi sedarkah kita jika dilihat graf perjalanan hidup kita dari bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa…semuanya lebih kurang sama.

Orang muda sampai satu tahap akan berkahwin, menerima cahaya mata, tua dan mati.

Semua orang akan mati…itu yang pasti…tiada siapa yang dapat mengelak daripada mati…jadi…bila menyebut tentang hari isnin yang ‘Monday blues’…sila la tarik balik kerana kita seharusnya bersyukur dengan satu hari lagi yang diberikan kepada setiap kita…supaya beringat dan mengamalkan panduan yang diberi oleh agama kita. Dan jika berada dalam keadaan yang tidak bermaya dan gundah gulana, pulangla…kuatkan hati yang Allah sentiasa bersama kita…

Advertisements