Pemakanan organik!

October 15, 2009

Sejauhmana anda tahu tentang hal pemakanan organik?

Ada orang cakap “bukan guna baja tahi ayam dan sebagainya ke?”

Ada pula cakap “buat apa sayur berulat”…

Ataupun “eee…tak sedap”

Tahukah anda, organik lebih di samakan dengan ketulenan dan semulajadi…tiada menggunakan bahan tambahan, semburan racun dan bahan sintetik.

Ibarat seorang ibu yang mengandungkan anak dengan hasil hubungan seks dan  persenyawaan kedua pasangan ibu dan bapa…original!

Jika seorang ibu terpaksa mengandungkan anak dengan menggunakan khidmat klinikal seperti IVF contohnya…dengan memasukan suntikan sperma ke dalam ovum…itu tidak original biarpun kesannya membawa kepada kebaikan kepada pasangan tersebut.

Itula contoh konsep organik. Kenapa digalakan mengamalkan pemakan organik? Supaya kebanyakan kita dapat mengurangkan risiko dan menguatkan ketahanan imun badan daripada terkena penyakit yang tidak dapat dielakkan.

imun

Kehidupan masyarakat dahulu lebih banyak mengamalkan pemakanan organik dan disebabkan itula mereka-mereka hidup dengan kurangnya masalah kesihatan…bila umur meningkat kita memang tidak dapat lari daripada terkena penyakit…namun bila usianya itu? Takkan 30 tahun ke bawah.

Contoh pemakanan organik ialah seperti ayam, ada dua jenis ayam yang dijual di pasaran…satu organik dan yang biasa, apa perbezaannya…ayam organik akan hidup dalam kelompok yang bebas di tanah dan akan di gesa pulang ke reban apabila sampai waktu.

hens_1

Manakala ayam biasa yang banyak terdapat di pasaran, di bela di dalam reban yang lebih sistematik dengan kandang yang tidak mencecah tanah. Bukankah lumrah hidup binatang tersebut perlu mencakar tanah untuk mencari makan…kalau tak macam mana ada pepatah “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’…itu bermakna sememangnya hukum alam mengatakan setiap flora, fauna dan manusia perlu bergantung diantara satu sama lain…ini pula ayam diubahsuai tambahan ayam sepatunya mengeluarka telur melalui proses seks…kini dengan satu suntikan ayam tersebut terpaksa menetaskan telur klinikal…

Baru-baru ini, terdapat sebuah rancangan di US membincang isu ini ada usul yang mengenengahkan hak binatang terhadap kehidupan mereka…

Akan bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: