Perancangan hidup

July 20, 2010

Aku kena ubah sedikit haluan hidupku bermula hari ini…kerana masa makin berjalan, umur makin meningkat, komitmen makin bertambah, jika bukan sekarang bila lagi?

Jika dahulu aku bekerja ikhlas kerana minat tapi sekarang tanggungan komitmen mengatasi minatku kepada duit. Ya, aku bekerja kerana nak dapatkan duit, dan oleh kerana itu jugala aku berasa kurang puas dengan apa yang ditugaskan dalam kerjaku.

Harapanku dalam kerjaya terlalu tinggi, apa yang aku impikan, bayangkan dan cuba mengecapinya tidak sampai kemana, kerana segala angan-angan ini hanya terjadi dalam pemikiranku dan mungkin mengambil masa yang lebih lagi untuk memperolehinya.

Aku perlu buat sesuatu yang menunjukan aku mempunyai peningkatan dari masa ke semasa, aku perlu lebih baik dan bagus daripada semalam, bulan lepas serta tahun-tahun yang sebelumnya.

Selain hal duniawi, aku juga mesti pelajari ilmu dan mengamalkan hal akhirat seperti yang dituntut oleh agama yang oleh dianutiku.

Aku perlu menjadi seseorang yang lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama, dan masyarakat.

Janganla sia-siakan hidup ku ini, ingat masa makin berjalan, perlu ada perancangan untuk sesuatu perubahan, jangan mengambil masa yang lama untuk tindakan ini…kerana jika kelak umurku panjang dan aku sudah tua aku harap aku dapat meninggalkan sesuatu yang berharga untuk generasi akan datang…

Amin~

Leave a comment