Masalah tidur

March 21, 2010

Jam menunjukan hampir 3pagi…dan aku masih belum tidur lagi…apa yang aku buat agaknya? dan apa yang aku fikirkan agaknya? separuh bercelaru otak ni memikirkan perkara yang tak sepatutnya difikirkan untuk waktu-waktu begini…bukan ke sepatutnya otak dan badan aku perlu berehat sekarang?

Okay, cerita berkenaan dengan aktiviti aku hari ini…sudah 3 hari aku sakit tekak dan badan rasa kurang sihat, paling ketara adalah semalam kerana tekak amat sakit dan suara aku bunyi rock kapak ditambah pula dengan sakit kepala akibat virus selsema dan batuk yang kering.

Doktor berpendapat ini adalah kesan sampingan cuaca disamping aku ni agak kurang minum air. Ok, tapi aku masih tiada semangat seperti selalu…apa agaknya yang aku fikirkan???

Mungkin pengaturcaraan hidup aku sedikit kucar kacir, terutamanya yang melibatkan urusan bekerja di pejabat. Pandangan aku mengenai kerjaya masih lagi samar-samar…apa yang aku perlu buat sebab aku mempunyai cita-cita yang tinggi.

Selama ini aku merancang perjalanan hidupku bersama usaha yang kental, dan alhamdullilah ianya berjalan lancar biarpun terpaksa mengharungi beberapa rintangan, sejak akhir-akhir ini aku asyik memikirkan kenapa aku perlu terus stres untuk mengejar apa yang aku fikirkan…

Adakah aku sahaja yang berasa sebegini? Tentu sekali tidak…tetapi itulah namanya hidup, u win one and u will lose one…berbalik pada aktiviti hari ini, aku bangun pagi macam biasa minum secawan air masak kemudian disusuli air kopi susu dan rehat sebentar dihadapan televisyen.

Selesai tengok cerita sekurang-kurangnya sejam, aku mengemas almari baju, saja sebab selama ni tak sempat nak tengok baju yang gantung dan tak bergantung…aku lunch kat rumah je…lepas itu petang pegi taman untuk sessi riadah, artikel kesihatan yang dikeluarkan di media-media ada mengatakan setiap seorang individu digalakan berjalan sekurang-kurangnya 10,000 tapak sehari, baru menjaga kesihatan namanya.

Malam aku makan kat rumah mak aku, dan keluar beri barang dapur rumah aku di Cold Storage, aku mencari roti bun yang kosong untuk dimakan bersama burter dan strawberry dan beberapa barang dapur yang lain.

Ingatkan lepas habis membeli nak terus balik…rupnya tempat foot reflexology massage memanggil aku, jadi aku pun buatla…dalam masa 11/2 jam…tukang urut ni bagus ya amat…good to come here…

Agaknya tadi aku rasa segar sebab tukang urut ni pergi lenyek bahu aku macam pankek…jadi sekarang aku dah mula mengantuk. Jadi bersambung lagi…

Leave a comment