Kurangkan guna beg plastik!

October 22, 2009

plastic-bags-in-chinaSetiap tahun, kira-kira 500 bilion beg plastik digunakan di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca kerosakan alam sekitar.

 

Beg plastik mengambil masa kira-kira 300 tahun untuk mengurai dan ia pecah menjadi partikel toksik kecil yang mencemarkan tanah serta saliran air.

Kurang daripada 1 peratus beg plastik dapat di kitar semula. Kos pembuatan beg plastic lebih murah daripada kos pelupusannya.

 Dan kemanakah beg plastik ini semua akan pergi?

Kebanyakan beg plastik  ini akan hanyut ke kawasan sungai dan di persisiran pantai.

Kajian alam sekitar AS menyatakan lebih daripada 100,000 haiwan dan hidupan laut turut terbunuh setiap tahun gara-gara beg plastik terbuang kerana plastik tersumbat dalam saluran usus haiwan berkenaan.

Walaupun ada tempat untuk melakukan kitar semula bagi beg plastik, namun tempat pembuangan sedemikian mempunyai risiko yang tinggi, Penimbusan plastic bakal menganggu kehidupan masa akan datang.

Plastic_bag

Beg plastik diperbuat daripada minyak. Menggunakan beg plastic secara meluas menjadikan salah satu punca kekurangan minyak mentah.

 Namun hal ini masih mempunyai jalan penyelesaian…

 Singapura, UK, Amerika, Kanada dan Taiwan sudah diharamkan ataupun dalam proses pemansuhan dalam menggunakan beg plastik.

 Jika anda menggunakan beg kain sebagai penganti bagi beg plastik, anda mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya 6 beg plastik seminggu, 288 beg plastic setahun dan  jika seorang daripada kita dapat melakukannya, bermakna pencemaran alam sekitar dapat di kurangi dengan pengurangan beg plastik.

Cintailah alam semulajadi kita…

Leave a comment