I love jus ‘cranberry’

November 16, 2009

I love cranberry juice!

Bukan yang diproses dengan sedap, tetapi yang organik punya. Buah cranberry adalah sepupu kepada buah blueberry. Warnanya merah hati  dan sebesar ceri.

Cranberry.preview

Penghasilan ladang buah cranberry terbesar ialah di utara Amerika dan selatan Kanada. Rasa buah ini agak kelat dan masam.

dsc-6359

Oleh demikian, kebanyakan orang lebih mudah memakan cranberry dengan penyediaan jus.

Antara khasiat-khasiatnya termasuklah:-

a. Mengawal daripada masalah jangkitan kuman dalam pundi kencing dan ginjal dalam badan manusia. Terutamanya yangmengalami masalah batu karang.

b.  Membantu melancarkan perjalanan darah anda melalui kolestrol yang ada, ke jantung dan mengawal risiko daripada terkena sakit jantung.

c.  Ia adalah salah satu buahan yang menyumbang kepada antioksida, iaitu melambatkan proses penuaan di kulit kita. Sentiasa nampak segar.

d. Baik untuk mencegah daripada penyakit kanser

e. Membantu membunuh pertumbuhan kanser di payu dara dan banyak lagi.

Jom minum jus cranberry sebab ianya juga melancarkan proses pencernaan anda untuk ke tandas. I love caranberry!

Leave a comment