Mustahak udara yang bersih & mencukupi

December 18, 2009

Kesihatan…kesihatan…kesihatan…biarpun banyak duit, tetapi kalau tubuh badan anda kurang sihat, banyak perkara akan tergendala, lalu anda akan merungut dan menyalahkan perkara yang ada disekeliling.

Tubuh badan manusia ibarat sebuah negara yang mempunyai pelbagai organisma, sel dan tugasan masing-masing…sama seperti anda perhatikan sekarang,  selain daripada makan dan minum, kita bergantung besar kepada udara.

Udara yang bersih membantu tubuh badan kita bertindak dengan lebih cergas dengan bekalan oksigen yang ada. Tanpa bekalan oksigen yang cukup, darah, sel-sel tisu, kelenjar-kelenjar serta organ-organ penting lain akan merosot kesuburannya.

Jadi, bagi pendapat anna, orang yang benar-benar sayang dan tahu kepentingan tubuh badan mereka akan memastikan mereka cuba mengelak daripada udara yang beracun seperti berada dekat dengan asap rokok dan sebagainya.

Adakalanya kita tidak boleh menyalahkan hanya kepada orang lain, sebaliknya bagaimana anda mampu mengajar diri sendiri supaya lebih sihat, cantik dan menarik.

Antara tips yang boleh dikongsi bersama:-

a. Jika ada diantara anda yang bekerja lebih 10 jam dalam pejabat yang berhawa dingin, pastikan anda curi-curi keluar daripada kawasan pejabat ke luar dengan hasrat semata-mata ingin menghirup udara yang semulajadi.

b. Oksigen bukan sahaja terdapat pada udara malah juga dalam minuman air mineral semulajadi, jadi banyakan meminum air ya…

c. Penjagaan makanan juga penting kerana ia membantu oksigen yang masuk ke dalam badan kita berjalan dengan lancar, jika gaya pemakanan kita dilihat kurang sihat, segerala berubah.

d. Banyak makan buah-buahan dan sayuran, kurangkan gula,garam dan penambah perasa…ajar anak-anak kecil dengan perasa semulajadi supaya mereka tidak memilih makanan seperti kita pabila besar kelak.

e. Buatla aktiviti senaman yang anda selesa, dengan berjalan kaki selama 30minit pun kira ok la tu…

Sayangila diri anda…kerana itu tanggungjawab terbesar yang telah diamanahkan kepada kita setiap manusia biasa.

Selamat & sihat!!!

Leave a comment