Susu Ibu penting!

October 9, 2008

Berikutan kes produk susu China yang disyaki mengandungi unsur tercemar dengan bahan melamin baru-baru ini, namun masih terdapat ibu bapa yang bangga untuk membeli susu formula kepada anak mereka berbanding melatih diri untuk memberi susu ibu yang sebenar.

Kadang-kala mereka lupa dan mempunyai alasan yang tidak mencuba untuk memberi susu badan kepada anak masing-masing.

Alasan yang paling biasa didengari ialah faktor kerja, letih dan malas. Jika tidak dapat menyusu bayi akibat masalah kesihatan masih boleh diterima tetapi kebanyakan ibu muda-muda kini lebih melepaskan tangan dengan memberi susu formula semenjak bayi mula-mula keluar daripada kandungan si ibu.

Inilah antara akibat kurangnya pengetahuan tentang nutrisi sebenar yang diperlukan oleh bayi mengikut peringkat umur mereka.

Jika dibuat perbandingan dari aspek kesihatan, orang-orang zaman dahulu dengan masa kini memang jauh berbeza. Kini, makanan mula tercemar dengan bahan pengawet dan penambah rasa. Dahulu tanam sendiri tak pun banyak makanan masih terjaga dan organik.

Berkenaan dengan bayi, mereka memerlukan kolestrum ibu diawal kelahiran supaya membantu bayi tersebut melancarkan proses pncernaan nya serta menjadi imun sistem bagi tubuh badan diwaktu awal kelahiran.

Kenapa kebanyakan ibu bapa banyak bergantung dengan ubat-ubatan dan bahan makanan segera? sebab mudah. walhal dah tahu apabila menimang cahaya mata, ia adalah satu amanat yang perlu dijaga dan itulah antara tanggungjawab dalam sebuah keluarga. Kalau tak nak lupakanla hasrat untuk menimang cahaya mata. Dan jangan sesekali menyalahkan anak kerana kesusahan anda.

Sedarla wahai para ibu dan bapa sekalian tentang kepentingan memberi susu ibu berbanding susu formula. Jangan salahkan anak merengek dan menangis ditengah malam akibat anda memberi susu formula yang dihasilkan oleh lembu, kambing dan sebagainya. Bagaimana bayi mahu mencerna dengan elok akibat bendasing yang tak sepatutnya berada di dalam perut mereka.

Jangan lepas tangan dalam hal sebegini, kerana apabila perut bayi kembung dan itulah hasil yang anda akan dengari…rengetan mereka. Dan kalau ikut konsep susu sebenarnya hasil darah yang ditukarkan kedalam bentuk susu. jadi tak kan anda nak beri darah lembu atau kambing atau apa-apa sahaja bahan chemical masuk dalam badan anak anda?

Fikir kesihatan mereka kelak. Jika anda boleh merancang kewangan dan apa sahaja  untuk orang tersayang, apa kata kita rancanang kesihatan anak-anak selagi termampu. Sebenarnya budak-budak luar bandar lebih hidup sihat berbanding kita yang sibuk mengejar impian dan kewangan keluarga. Jadi perlu perlu berusaha lebih untuk mendapatkan hasil pemakanan yang lebih baik.

Bersambung….

3 Responses to “Susu Ibu penting!”

  1. syirfan Says:

    cepatlah sambung…
    lama dah tunggu nie

  2. anna Says:

    alamak…banyak kejela…heheh…senang2 sambung ek a.syirfan

  3. Agus Sholich Says:

    Air susu ibu tetap terbaik
    Nutrisi Alami sekaya susu ibu bisa dicoba dengan susu kambing


Leave a comment